Dunia Penuh Gosip - Perniagaan Dunia Penuh Gosip: Perniagaan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Perniagaan. Papar semua catatan

TV AlHijrah menyahut initiatif kerajaan bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengekalkan operasi perniagaan serta memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah senantiasa mengambil bahagian dalam apa jua usaha murni kerajaan membantu ekonomi ummah.




Semua sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha mengurangkan kesan COVID-19 ke atas perniagaan termasuklah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)”.


Menurut beliau, berikutan pengumumam itu, TV AlHijrah turut terpanggil untuk membantu pembangunan semula ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana yang mengalami kelembapan perniagaan mendepani masa sukar disebabkan Covid-19.




Maka kami lancarkan program turun padang Bincang Niaga Prihatin dalam usaha membantu usahawan IKS. Insyaallah kami akan turun padang ke lokasi kedua tahun ini iaitu Bincang Niaga Prihatin Selatan yang akan diadakan pada 28 September 2020, bertempat di Double Tree by Hilton Hotel Johor Bahru, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang”.


Menurut Namanzee, misi utama Bincang Niaga Prihatin ini adalah untuk membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di platform pengiklanan televisyen dengan kos yang berpatutan dan rendah berbanding stesen penyiaran lain.


Saya melihat usaha ini sebagai tuntutan fardu kifayah untuk membantu ekonomi ummah secara proaktif dan bersepadu. Saya yakin ini adalah jihad TV AlHijrah dalam merancakkan semula perkembangan ekonomi dan aliran tunai dalam pasaran setelah negara terkesan dengan wabak Covid-19 ini,” katanya.




Tambahan pula, Bincang Niaga Prihatin lokasi pertama iaitu di Kelantan yang diadakan pada 29 & 30 Ogos 2020 lalu menunjukkan sambutan positif daripada usahawan IKS pantai timur. Ini adalah penanda aras bahawa kempen ini harus diteruskan pada masa hadapan”.


Namanzee berkata, sedari 2016 lagi TV AlHijrah telah melancarkan Program Bincang Niaga dengan tagline kempen Jenama Anda Berhak Popular. Menerusi kempen iklan murah ini, lebih daripada lima ribu usahawan IKS telah dibantu bukan sahaja menerusi siaran iklan, malahan stesen TV AlHijrah turut memberikan khidmat nasihat pembangunan jenama produk-produk mereka secara percuma.


Walaupun trend tontonan televisyen mencatat penurunan di seluruh dunia akibat persaingan dengan media-media digital, namun ia tidak memberi impak yang banyak kepada TV AlHijrah yang mempunyai sasaran penonton yang lebih ‘niche’.




Kami masih mengekalkan penonton-penonton setia kami yang berumur lebih 40 tahun yang mempunyai kuasa beli yang tinggi disamping menawan penonton-penonton baru menerusi kandungan-kandungan yang lebih segar dan relevan yang bersifat mendidik dalam apa jua genre yang dipaparkan di kaca televisyen. Ini adalah peluang besar yang perlu diambil oleh usahawan-usahawan IKS kita untuk membuat kempen promosi dengan harga berbaloi yang amat luar biasa rendah”.


Namanzee menyeru dan menggesa semua peniaga IKS yang berdekatan dengan kawasan Johor Bahru termasuk mereka yang berada di Negeri Sembilan dan Melaka untuk sama-sama meluangkan masa pada 28 September ini untuk hadir ke sesi Bincang Niaga Prihatin.






Sekarang menjadi trend artis berniaga sebagai pendapatan tambahan atau ada juga menjadikan sebagai pencarian selepas tidak lagi ada job dalam dunia seni. Yang paling tengah IN sekarang adalah trend artis keluarkan jenama minyak wangi sendiri. Banyak dah pilihan dan juga boleh jadi ajen untuk minyak wangi mereka. Jom kita lihat senarai artis yang keluarkan minyak wangi sendiri. 

Dato Siti Nurhaliza - SimplySiti EU DE Parfum


Rozita Che Wan - Precious By RCW & Gorgeous By RCW

 


Shiela Rusly - Matahari 

 


Ning Baizura - Ning Pour Femme


Kaka Azraff - Kreiz By Kaka


Remy Ishak - Rumi by Remy Ishak


Fasha Sandha - D'Haja


Rita Rudhaini - Adorable by Rita Rudhaini


Bunkface - Revolution 


Neelofa - Neelofa Parfum