Adakah anda tertanya-tanya tentang cara terbaik untuk mengemas barang berat apabila pindah rumah? Apabila berpindah ke rumah baru, beberapa item yang mungkin susah dialihkan kerana ianya bersaiz besar dan berat. Walaupun mengemas barang-barang kecil itu rumit dan mungkin perlu lebih berhati-hati, mengemas barang yang lebih berat dengan cepat boleh menjadi kerja yang meletihkan.
Apabila memindahkan atau mengemas barang yang besar, jika anda tidak berhati-hati, ianya boleh menyebabkan kecederaan, kecalaran, dan dalam kes yang paling teruk, barang itu pecah atau rosak.
Bacalah tips di bawah untuk memastikan anda dapat mengemas dan mengalihkan perabot atau barangan besar dengan cara yang betul tanpa sebarang kerosakan semasa proses pemindahan.
Dapatkan bahan pengemasan yang berkualiti
Apabila anda mengemas barang berat seperti peralatan taman, barangan elektronik, buku-buku yang berat atau permainan bersaiz besar, lampu meja dan seumpamanya, anda tidak boleh meletakkannya dalam mana-mana kotak terpakai sahaja. Anda memerlukan kotak jenis kadbod atau plastik yang kukuh dan keras yang dapat menahan berat objek di dalamnya.
Syarikat pemindahan profesional dapat menawarkan semua jenis kotak pemindahan yang berkualiti yang sesuai untuk barangan yang bersaiz lebih besar dan berat. Mereka juga akan menyediakan bekalan bahan untuk pemindahan rumah anda termasuk pembungkus gelembung, suratkhabar lama, kertas balutan untuk pemindahan, pita pembalut dan juga selimut tebal untuk objek tertentu.
Sediakan kotak pemindahan
Walaupun anda boleh melapik kotak anda dengan surat khabar lama, anda memerlukan bahan pelapik yang lebih baik apabila anda perlu memindahkan barang yang besar. Pembungkus gelembung bersaiz biasa tidak akan mencukupi untuk perlindungan yang baik. Anda perlu menggunakan pembungkus gelembung bersaiz besar atau kusyen/bantal udara untuk perlindungan tambahan. Lebih berat item itu, lebih besar kemungkinan ia memerlukan bahan pembungkusan yang lebih teguh untuk dibalutkan.
Memaksimakan ruang dalam kotak
Matlamatnya adalah untuk menggunakan kebanyakan ruangan kosong dalam setiap kotak supaya barangan di dalamnya tidak berpusing-pusing atau bergerak semasa dipindahkan semasa proses kemas kotak pindah rumah. Anda boleh mencapai penjimatan ruang maksima dengan mengemas barang rumah yang paling kurang digunakan dan paling berat terlebih dahulu. Ini tidak bermakna anda harus memampatkan sebanyak mungkin barangan dalam setiap kotak.
Anda harus mengehadkan keberatan setiap kotak kepada maxima 20 ke 25kg. Jangan cuba untuk memasukkan barang dengan lebih banyak hanya kerana terdapat kekosongan di dalam kotak tersebut.
Gunakan pita pembungkusan tugas berat
Jika anda menggunakan pita pelekat yang biasa untuk kotak anda, kotak itu mungkin akan rosak dengan cepat. Pastikan anda menggunakan pita pembungkusan yang lebih kuat dan berkualiti untuk memastikan kotak pemindahan ditutup dan dibalut dengan kukuh.
Amalan pemindahan yang baik
Terdapat beberapa amalan pemindahan yang anda boleh ikuti apabila memindahkan barangan rumah yang berat supaya ianya dapat dipindahkan dengan mudah.
Yang pertama ialah menggunakan teknik mengangkat kotak berat yang betul. Anda harus mengangkat menggunakan kaki anda dan melalui otot teras anda dan bukannya menggunakan tangan anda. Menggunakan tenaga lengan anda sahaja boleh menyebabkan keletihan otot dan masalah lain
.
Jika anda ingin memindahkan jumlah kotak yang banyak, gunakan troli untuk mengangkutnya ke dalam dan dari lori pindah rumah supaya ianya lebih mudah.
Dapatkan khidmat syarikat pemindahan profesional
Tidak pasti di mana untuk bermula untuk kemas barang pindah rumah anda? Dapatkan perkhidmatan lori sewa di Selangor dan servis packing barang pindah rumah dari pasukan Mover2U untuk membantu anda dari peringkat awal pemindahan hingga akhir. Ia akan menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk memindahkan barang-barang anda sendiri. Hubungi ahli pasukan mereka untuk sebut harga hari ini untuk harga sewa lori 3 tan di KL.
Nama Syarikat: Alwinz Biz Resources
Whatsapp/Nombor telefon: +6016-879-1415
Kawasan servis: Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor
Follow Us