Masih hangat lagi isu tentang kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang. Lokasi yang sebelum ini menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia apabila bercadang untuk membeli gadget seperti telefon atau pun komputer. Kat sini memang semua pekara itu ada di jual dan teknologi terkini. Malah boleh dapat harga yang murah dan juga tawaran menarik.
Tapi setelah keluar isu baru-baru ini tentang kes pergaduhan yang berlaku akibat daripada peniaga yang menipu dengan menjual peralatan tidak original kepada pengguna. Ia telah menimbul kemarahan kepada pengguna dan berlaku sedikit pergaduhan di situ. Tapi ia tidak di nafikan oleh ramai pengguna yang selalu di tipu di situ. Jadi daripada kes ini ia menjadi lokasi panas dan tidak di galakan untuk di kunjungi oleh semua orang tak kira bangsa atau pelancong asing sekiranya anda mahu membeli gadget baru. Banyak lagi lokasi yang ada di sekitar KL.
Lokasi-lokasi lain yang tidak di galakkan untuk di kunjungi di Kuala Lumpur
Petaling Street
Di sini juga adalah lokasi panas yang juga di katakan bahawa peniaga agak agresif dan bersikap ganas kepada pengguna. Ada pengalaman pengguna bukan sahaja di tipu tapi di marahi oleh peniaga sekiranya telah menawar harga tapi tidak jadi membeli. Jadi berhati-hati kalau rasa nak beli barang banyak lagi kawasan yang lebih murah dan sama sahaja kualiti sebab kat situ pun dapat banyak barang tiruan juga. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.
Pudu Sentral
Kawasan yang memang selalu jadi tumpuan orang ramai untuk menaiki bas bagi ke lokasi luar Kuala Lumpur. Tapi bagi yang datang sahaja2 untuk jalan2 di sana adalah tidak di galakan kerana kat sana bukan sahaja banyak ulat tiket tapi banyak juga penjenayah. Paling baru gempar tentang seorang kanak-kanak yang di culik di sana dan di bawa lari kemudian di bunuh di tepi sungai Klang. Apa pun pada yang datang nak beli tiket nak balik kampung perlu berhati-hati ok. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.
Kampung Baru
Kawasan yang memang cukup popular sekarang bukan sahaja orang Malaysia malah juga pelancong luar negara. Kalau datang Malaysia mesti nak singgah kat Kampung Baru yang berada di tengah2 kota metropolitan ini. Kawasan ini menjadi rebutan bukan sahaja kepada pengusaha untuk mendapatkan tanah ini tapi juga kawasan panas dengan kumpulan gengster. Apa pun datang boleh tapi kena hati2 lah jangan pergi sebarangan lorong di sana sendirian ok. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.
Follow Us