Dunia Penuh Gosip - Radio Dunia Penuh Gosip: Radio - All Post
Memaparkan catatan dengan label Radio. Papar semua catatan
Majlis anugerah paling banyak kategori yang dipertandingkan di Malaysia. Anugerah Seri Angkasa 2024 kali ini membawakan 60 kategori yang dipertandingkan. Di mana menerima 1,860 pencalonan keseluruhan dengan 1,287 bagi kategori TV, 515 kategori Radio dan 58 bagi kategori Media Baharu.



Majlis kemuncak ASA 2024 telah berlangsung di PICC pada malam tadi yang ditayangkan secara langsung di RTM TV2. Pengarah dan penerbit, Othman Hafsham, diumumkan sebagai Tokoh Seri Angkasa pada malam kemuncak ASA 2024 sekali gus membawa pulang trofi, wang tunai RM10,000, barangan kemas Habib bernilai 30,000 dan sebuah kereta Proton S70.



Bagi kategori utama lain, telefilem Bahalol (TV Okey) dinobatkan pemenang Anugerah Drama TV Terbaik dan membawa pulang hadiah berupa trofi, wang tunai RM5,000 dan insentif dana kandungan kreatif RM200,000. Anugerah Khas Juri pula dimenangi oleh Saiem Muhammad melalui terbitan rancangan Aroma Puncak Borneo dari TV Sarawak.



Anugerah ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memartabatkan penggiat industri kreatif penyiaran tanah air dan mengiktiraf penggiat industri kreatif penyiaran yang turut merangkumi pekerja di belakang tabir seperti kru penerbitan dan siaran, penerbit, pereka, juruhebah, penyampai dan kru teknikal.

Senarai penuh pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024:

KATEGORI TV

  1. Drama TV Terbaik - Bahalol (Okey TV)
  2. Drama Bersiri TV Terbaik - One Cent Theif (Astro Shaw)
  3. Pengarah Drama TV Terbaik - Zainorhisyam Samudin : Lebai Sampan (Astro Show)
  4. Skrip Drama TV Terbaik - Lebai Sampan (Astro Citra)
  5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik - Sobri Anuar : Bahalol (Okey TV)
  6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik - Liza Othman : Bahalol (Okey TV)
  7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik - Que Haidar : Bahalol (Okey TV)
  8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik - Aida Aris : Dania (TV3)
  9. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik - Umar Shakur : Demi Masa (TV3)
  10. Pelakon Komedi TV Terbaik - Aishah Azman : Jodoh Ayahku (RTM TV1)
  11. Dokumentari TV Terbaik - Taste Of Memory (8TV)
  12. Majalah TV Terbaik - Travel With Mommy (8TV)
  13. Bicarawara TV Terbaik - Ekskelusif Bersama Joko Widodo (TV3)
  14. Hiburan Muzikal TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022 (RTM TV2)
  15. Komedi TV Terbaik - Muzikal Lawak Superstar Musim Ketiga (Astro Warna)
  16. Rancangan Agama TV Terbaik - Sahabat Backpackers 2023 (TV3)
  17. Rancangan Sukan TV Terbaik - Jom Dive Episod 1 (Okey TV)
  18. Liputan Sukan TV Terbaik -  Mohd Hafizul Akhmal bin Azeman & Zainal Za’aim bin Zainal Ratin : Perlawanan Persahabatan Pramusim 2022 – Manchester United vs Liverpool (TV9)
  19. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - The Z Power Musim Ketiga (8TV)
  20. Animasi Tempatan TV Terbaik - Ejen Ali Musim Ketiga (TV3)
  21. PSA & Kapsul TV Terbaik - Enam Negeri memilih (Astro Awani)
  22. Montaj TV Terbaik - Salam Baitullah 2023 (Berita RTM)
  23. Pengacara TV Terbaik - Fiza Sabjahan (TV3)
  24. Pengulas TV Terbaik - Ahmad Fedtri Yahya (TV3)
  25. Liputan Berita TV Terbaik - Tragedi Elmina (Astro Awani)
  26. Buletin TV Terbaik - Berita Alhijrah (TV Alhijrah)
  27. Laporan Khas Berita TV Terbaik - Nur Izzatie Mohd Rizan : Rumah Kecil Tapi Berlambak Bilik Sewa (TV9)
  28. Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik - Malam Penutup Majlis Tilawah & Menghafaz Al Quran Antarabangsa 2023 (RTM TV1)
  29. Penyampai Berita TV Terbaik - Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)
  30. Wartawan TV Terbaik - Mohammad Zaim (TV Alhijrah)
  31. Jurukamera TV MCP Terbaik - Mohd Hairul Izuan Aminuddin (Anugerah Juara Lagu TV3)
  32. Jurukamera TV SCP Terbaik - Rishigeysannambiar A/L Sivasangram (Tinta Syurga TV3)
  33. Suntingan Rancangan TV Terbaik - Christine Lee Mei Chin : Majalah Tiga Tragedi Elmina (TV3)
  34. Penataan Cahaya TV Terbaik - Pasir Puteh Mantanani (RTM TV1)
  35. Audio Rancagan TV Terbaik - Konserta Akhir All Star Gegar Vaganza (Astro Ria)
  36. Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Nurul A’in : Konsert Akhir Big Stage Musim Ke-5 (Astro Ria)
  37. Set TV Terbaik - Muhamad Hafizan bin Muhammad Noor : Anugerah Juara Lagu 37 (TV3)
  38. Tatarias TV Terbaik - Pasir Puteh Mantanani (RTM TV1)
  39. Grafik TV Terbaik - Abdul Hasib bin Jahidin, Nurainina Arina binti Mohd Fauzi : 6 Negeri Memilih (Hari Penentu) (Astro Awani)
  40. Kesan Khas TV Terbaik - Abdul Hasib bin Jahidin, Nurainina Arina binti Mohd Fauzi : Malaysia Memilih (Mari Keluar Mengundi) (Astro Awani)




KATEGORI RADIO

  1. Drama Radio Terbaik - AG Sri Iskandar Bahrin : Sepanduk Ayah (Sabah FM)
  2. Skrip Drama Radio Terbaik - Rumah Merdeka (Selangor FM)
  3. Pelakon Drama Radio Terbaik - Datuk Fauziah Nawi : Lima Beradik (Terengganu fm)
  4. Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik - Beto Kusyiry :  Lima Beradik (Terengganu fm)
  5. Majalah Radio Terbaik - Masih Ada Sinar Buat Pesakit Buah Pinggang (Bernama Radio)
  6. Dokumentari Radio Terbaik - Evolving Unity (TRAXX FM)
  7. Bicarawara Radio Terbaik - Nostalgia Dklasik : Datuk Rosnani Jamil (Radio Klasik)
  8. Hiburan Radio Terbaik - Melodi Nostalgia : Tribute P.Ramlee (AI FM)
  9. Rancangan Agama Radio Terbaik - 30 Hari Mencari Cinta Ilahi Bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa (Suria FM)
  10. PSA dan Kapsul Radio Terbaik - Solidariti Palestini (Johor FM)
  11. Penyampai Radio Lelaki Terbaik - Muhammad Amir Akram (Kelantan FM)
  12. Penyampai Radio Wanita Terbaik - Shuhada Balqis Juhali (Johor RM)
  13. Penyampai Berita Radio Terbaik - Peter Carlos (TRAXX FM)
  14. Buletin Radio Terbaik - Karmila Badri (TRAXX FM)
  15. Liputan Berita Radio Terbaik - Pemasangan Peranti Starlink (Keningau FM)
  16. Pengimbangan Audio Radio Terbaik - Majlis Penutupan Program Aspirasi Hari Malaysia (Negeri FM)

KATEGORI MEDIA BAHARU

  1. Drama Terbaik - DOH (TV3)
  2. Drama Bersiri Terbaik - Kisah Cinta Phoebe & Ejoi (Astro)
  3. Kandungan Video Terbaik - Eyo Hock Seng : Legasi Seni Wayang kulit Kelantan (RTM)
  4. Podcast Terbaik : Siti Mimah (TV3)










Pertama sekali minta maaf dulu sebelum saya buat apa-apa kenyataan dan pendapat kat sini. Tapi selaku pendengar setia radio No 1. Malaysia ni saya patut bagi pendapat agar ia tidak menjadi bahan gelak orang sahaja di kemudian hari. Saya suka siaran Radio ERA hari-hari saya akan dengar radio ini waktu pergi dan balik kerja.


Saya suka pada segment JOHARA Pagi Era yang memang tidak pernah mengecewakan pendengar dan memang patut mereka menerima banyak anugerah. Cuma bila masuk pada segment ERA Solo memang saya rasa solo sangat dan sunyi. Tak semeriah pagi mahu pun Petang Era yang di kendalikan oleh Fad Bocey dan Dina.

Daniel dilihat seperti menjadi mangsa keadaan disitu dan bagaikan satu experiment sahaja untuk beliau. Ada banyak hari kadang-kadang saya dengar Daniel merepek seorang yang memualkan dan juga membosankan. Pulak tu kesilapan teknikal selalu sangat berlaku pada segment tersebut dan berulang berkali-kali dalam satu masa.

Saya tahu mungkin ini sangat baru bagi Daniel tapi adakah beliau tidak dilatih dahulu untuk mengendalikan konti sebelum beliau diserapkan dalam Radio Era. Adakah kerana kemenangan beliau pada program Lawak Solo tahun lepas menjadikan beliau terus layak untuk ker konti tanpa sebarang kursus. 


Ia memang mencacatkan hari saya kalau dengar Radio Era bila waktu segment beliau. Maaf saya bukan nak rendahkan beliau tapi harap ada perubahan kepada Daniel dan juga pihak pengurusan radio mencari pengganding bagi menyemarakkan lagi segment itu. Saya sebagai peminat yang memang minat radio ini dari dulu lagi terpaksa tukar siaran radio lain apabila tiba segment ini sebab terlalu bosan. 

Ini hanya luahan hati saya sahaja sebagai seorang peminat yang mendengar radio ini setiap hari dan mengundi radio ini kalau tercalon dalam anugerah. Harap ia tidak mengkecilkan hati mana-mana pihak dan mungkin akan ambil iktibar untuk berubah lebih barik. Terima kasih.






Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan stesen radio keempat mereka yang diberi nama, Kool FM. Dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul, saluran yang akan mensasarkan mereka yang berusia antara 25 hingga 44-tahun. 


Menurut beliau radio ini akan memainkan lagu-lagu dari tahun 80-an, 90-an dan juga hits popular dalam dan luar negara dengan genre tambahan dangdut untuk ditambah ke senarai lagu pilihan. Ia adalah sangat menarik dengan pelancaran Kool FM sebagai saluran orang dewasa. Sebelum ni radio sedia ada seperti Hot FM, Fly FM dan One FM memberi tumpuan kepada Gen-Y.

Kool FM dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, dengan penampilan dari juruhebah radio yang termasuk artis tempatan AG, Haiza, Liza, Ikhwan, Farid dan Ezaq. Para pendengar boleh mula mendengar radio ini bermula pada 3 Mac di frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang sahaja buat masa ini.

Adakah ini menunjukan bahawa HotFM tidak lagi menyengat seperti dulu. Apa strategi RRMP untuk mengembalikan semua takhta sebagai radio No 1 di Malaysia. Mereka kena ikut perkembangan mana lagu2 baru yang ada kat youtube dengan tontonan lebih 1 juta tu patut dan boleh masuk radio. Kerana mesti ramai peminat lagu2 tersebut.







Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...