Dunia Penuh Gosip - Ratu Cantik Dunia Penuh Gosip: Ratu Cantik - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ratu Cantik. Papar semua catatan
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. dan diasaskan oleh Bintang Selebriti, Carrie Lee Sze Kei, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mengetengahkan wanita-wanita muda Malaysia yang luar biasa yang bukan sahaja memiliki kecantikan, malah kecerdasan, bakat dan berketerampilan.



Malaysia mencatatkan rekod kemasukan pelancong asing tertinggi seramai 2.57 juta orang pada separuh tahun pertama 2023 sejak pandemik melanda, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan melalui francaisnya dan duta-dutanya, mewakili keunikan dan kepelbagaian latar belakang, seni dan budaya melalui fesyen, kecantikan dan hiburan. Pelancaran Miss CosmoWorld 2023 pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YM Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj, kerabat Diraja Selangor sebagai Tetamu Kehormat.

Miss CosmoWorld 2023 memberi  pendekatan kotemporari terhadap pertandingan ratu cantik dan cabaran-cabaran yang melebihi pertandingan sebelumnya di mana Miss CosmoWorld pada tahun ini menampilkan dan mendedahkan kehidupan seharian dan kemahiran para pesertanya yang bakal menempuhi latihan pemerkasaan wanita seperti latihan kecergasan, catwalk, pengucapan awam dan banyak lagi.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, pertandingan ini disediakan untuk mencerminkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi merebut peluang untuk menjadi antara 12 peserta terbaik yang bakal bertanding di Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 pada Oktober tahun ini kelak. Pada masa yang sama, Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 turut menampilkan kira-kira 30 orang peserta antarabangsa pada November 2023.



YM Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi berkata, "Miss CosmoWorld sentiasa menjadi platform yang hebat untuk mempromosikan golongan wanita muda Malaysia ke peringkat global yang bukan sahaja mempunyai kecantikan tetapi juga kemahiran yang melampaui penampilan mereka. Melalui pertandingan ini, ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara yang memiliki golongan wanita muda yang berkebolehan, berasal dari pelbagai budaya dan latar belakang, berani untuk memimpin dan menghadapi cabaran masa depan. Saya boleh katakan peserta itu sendiri akan menjadi lambang kecantikan, kepelbagaian, dan potensi Malaysia.".

Edisi ke-6 Miss CosmoWorld bakal menjadi Pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang terbaik pada tahun Ini, dengan jangkaan ratusan permohonan, menjadikannya pertandingan yang paling ramai pemohon dan menarik di negara ini. Semasa sidang akhbar, Lee juga mengumumkan bahawa Miss CosmoWorld 2023 akan menawarkan Hadiah Tunai Terbesar dalam sejarah pertandingan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1.1 juta (USD 250k), termasuk manfaat dan faedah daripada penaja untuk dimenangi. Permohonan bermula pada hari ini dan pemilihan finalis akan diadakan melalui ujibakat pada 23 September 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.



Carrie Lee, Pengasas Miss CosmoWorld menekankan, "Organisasi Miss CosmoWorld, dalam tahun ke-6nya yang berterusan, telah bekerja keras untuk menyediakan platform yang akan meningkatkan bakat, kemahiran, dan kesungguhan golongan wanita muda di seluruh Malaysia. Selepas mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan dan pertandingan, kini adalah tanggungjawab dan tugas saya untuk menyumbang kepada wanita-wanita di negara ini, mengenalpasti wanita yang berpengaruh, dan mendorong wanita yang berketerampilan dan yakin untuk mempromosikan yang terbaik untuk Malaysia, sambil memberi kembali kepada masyarakat. Acara ini akan memberi peluang kepada ratu cantik masa depan kita dari pelbagai budaya untuk berkongsi, mendidik, dan belajar dari pengalaman masing-masing serta memperlihatkan latar belakang masing-masing,"

"Dalam dunia yang semakin global, pelancongan telah menjadi sebahagian penting dalam ekonomi kita. Ia mencipta peluang pekerjaan, menghasilkan pendapatan, serta mempromosikan pemahaman silang budaya. Miss CosmoWorld 2023 memainkan peranan penting dalam usaha ini. Dengan berkongsi tradisi, adat resam, dan kisah masing-masing, wanita-wanita hebat ini menjadi duta negara mereka, memikat pengunjung untuk meneroka kecantikan dan daya tarikan tanahair mereka," tambah Dato' Sri Chong Chin Fung, Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld.

Sebagai pejuang pemerkasaan wanita, pengasas Miss CosmoWorld membawa inisiatif untuk memacu para peserta ke arah sifat berdikari dan mengasah kepimpinan mereka melalui pelajaran utama berdasarkan pengalaman beliau sendiri, terutamanya tentang keusahawanan di mana ianya berguna untuk mereka pada masa hadapan, tanpa mengira keputusan pertandingan ini. Dengan itu, pertandingan ini mampu membina kesedaran dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan wanita di seluruh negara untuk berdikari, melalui pengaruh para peserta kelak.



Tiffany Lee, Pengerusi Pertubuhan dan Pemenang Tempat Ketiga Miss CosmoWorld 2021 berkata, "Setiap tahun, Miss CosmoWorld terus meningkatkan penawarannya bukan sahaja untuk memberikan keutamaan kepada pertandingan ini, tetapi yang lebih penting untuk mencipta impak positif dalam masyarakat. Tahun ini, pemenang akan membawa pulang RM 1.1 juta (USD 250,000) untuk membiayai idea-idea perniagaan mereka, sebagai usaha oleh Miss CosmoWorld untuk membangunkan usahawan wanita yang berjaya. Di samping itu, setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Miss CosmoWorld 2023 juga akan dilengkapi dengan asas-asas untuk menjalankan perniagaan sendiri, secara langsung mendorong usaha tersebut. Di Miss CosmoWorld 2023, kami menggunakan pengaruh kami untuk memperkasakan orang ramai dan kami berharap dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat."

Mereka yang layak untuk Miss CosmoWorld 2023 mestilah: 

● Warganegara berasal dari Malaysia, bukan beragama Islam, lahir sebagai perempuan.
● Berumur antara 17 hingga 29 tahun pada tahun 2023. 
● Ketinggian minimum 160cm. 
● Bujang, belum pernah berkahwin, bercerai, atau mempunyai anak. 
●Calon mestilah mempunyai keupayaan mental yang diperlukan untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

Miss CosmoWorld Edisi keenam dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. bersama GETBATS sebagai Penaja Wang Tunai, dan MeLife sebagai Penaja Platinum.

Untuk maklumat lanjut mengenai Miss CosmoWorld 2023, sila layari: www.misscosmoworld.com; https://www.facebook.com/MissCosmoWorld/ atau https://www.instagram.com/misscosmoworld/?hl=en







RATU - sebuah gelaran yang diimpikan hampir setiap wanita kini bakal menjadi rebutan buat pertama kali dalam pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia!


Dengan hasrat membuktikan kekuatan dan kepelbagaian negara-negara ASEAN melalui bakat individu yang berkualiti serta kebolehan dalam kemahiran pengucapan awam, komitmen terhadap khidmat awam, pencapaian dalam bidang peragaan serta usaha yang utuh untuk berjaya, Regal Global Nine Sdn Bhd dengan bangganya menganjurkan satu platform baharu bagi memupuk
perpaduan dan pemahaman dalam kalangan ahli negara ASEAN dengan menghubung jalin bakat dan potensi.

Menurut Chairman Dez, jurucakap bagi pihak Regal Global Nine Sdn Bhd dan Miss Virtual Malaysia (MVM), “Pertandingan ratu cantik ini bakal melakar sejarah tersendiri dengan melahirkan para wanita yang berpersonaliti, berintegriti dan bermotivasi tinggi serta menjadi inspirasi kepada wanita muda yang lain untuk membina keyakinan dan percaya bahawa segala-galanya adalah mustahil dan
mampu dicapai”.

“Aspirasi MVM adalah berdasarkan 3 prinsip utama, Gaya (Vogue)– Rupa (Beauty) - Pengetahuan (Knowledge) yang akan berfungsi sebagai medium mempromosikan budaya , kesungguhan dan keyakinan. Wanita-wanita penuh kredibiliti dan integriti ini akan menjadi suara masyarakat dalam melaungkan hak dan isu-isu tertindas. Melalui pertandingan ini, MVM akan menjadi batu loncatan
bagi semua wanita di seluruh dunia untuk terus bersinar dan menyerlah kerana kami percaya kecantikan itu bermula dari dalam” Tambah Dez.


Menariknya pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia 2019 ini, platfom digital akan dijadikan medium utama proses permohonan di mana permohon hanya perlu mengisi borang atas talian bersama foto dan video profil. Cara ini akan memberi peluang lebih besar kepada semua wanita termasuk mereka yang menetap di kawasan pendalaman. Jika calon disenarai pendek, kos penerbangan ke Kuala Lumpur termasuk dari Sabah dan Sarawak akan ditanggung penuh oleh
pihak MVM.

Perjalanan kejelitaan pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia 2019 adalah seperti berikut:

1) Permohon hendaklah melengkapkan dan menghantar permohonan atas talian dengan menyertakan gambar terkini beserta video pengenalan yang menonjolkan kemahiran dan bakat.
2) 40 calon yang disenarai pendek akan dijemput menghadiri ujibakat pusingan akhir pada 4 July 2019;
     a. Pemilihan adalah berdasarkan 10 undian paling popular dan 30 undian oleh juri profesional.
3) 16 finalis akan berentap dalam Pusingan Akhir (Grand Final) yang akan berlansung pada 31 Julai 2019.

Antara kriteria pencarian


1) Peserta mestilah dilahirkan sebagai wanita dan merupakan warganegara Malaysia;
2) Tidak pernah berkahwin;
3) Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 168cm dan keatas;
4) Fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris;
5) Berumur dalam lingkungan 17 – 27 tahun;
6) Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan boleh menyertai sepenuhnya dalam setiap aktiviti program tanpa sebarang halangan;
7) Tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti atau pekerjaan yang tidak munasabah yang boleh dicirikan sebagai tidak jujur, tidak bermoral, atau tidak senonoh.

Seperti yang diimpikan setiap wanita, pemegang gelaran Miss Virtual Malaysi bakal menerima pengalaman menakjubkan seumur hidup sebaik sahaja dimahkotakan. Sebagai Miss Virtual Malaysia 2019, beliau akan membawa gelaran dan personaliti seorang ratu kemana sahaja, serta berpeluang menggunakan kebolehan dan bakat yang ada untuk mewakili wanita menyuarakan hak mereka.

Hadiah Utama 

❖ Wang tunai berjumlah RM70,000
❖ Tiket penerbangan berserta penginapan untu melancong ke negara ASEAN
❖ Mahkota & selempang Miss Virtual Malaysia
❖ Produk tajaan

Regal Global Nine Sdn Bhd amat berbesar hati mengumumkan Nuc Car, sebuah aplikasi perkhidmatan perniagaan pengantaran (e-hailing) sebagai Penaja Utama bagi pertandingan ini. Menurut Pengarah Urusan Nuccar, En. Fazli Haris Bin Ibrahim “Nuc Car amat teruja untuk bersama Miss Virtual Malaysia 2019 memacu impian wanita muda agar terus menyinar, selaras dengan tagline kami “Redefining Ride”.


Apa sahaja matlamat dan impian anda, kami akan membawa anda sampai ke destinasi”. Antara rakan strategik yang turut menjayakan pertandingan ini adalah:

1. Hotel Pilihan: Four Seasons Kuala Lumpur
2. Penaja Emas: Nuccar
3. Stylist Rambut Rasmi: Style Makers
4. Makeup Rasmi: Sense & Style
5. Dekorasi Rasmi: Float Balloon
6. Prop Rasmi: Party Fairy
7. Gaun Rasmi: Charis Ching
8. Pakaian Kasual Rasmi: Cloud9
9. Minuman Rasmi: Boozeat
10. Seni & Reka Bentuk Rasmi: Aid Plus Creative
11. Jurugambar Rasmi: Sk Leon Productions
12. Klinik Kecantikan Rasmi: RX Clinic
13. Klinik Kesihatan Rasmi: Poise MD
14. Reka Bentuk Web Rasmi: Zahid Aramai
15. LED & Bunyi Rasmi: Creative Event Solutions
16. Pakaian Dalaman Rasmi: Made of Lace
17. Gubahan Bunga Rasmi: Kelopak

Wanita muda berkelayakan yang ingin menyahut cabaran dan merangkul gelaran Miss Virtual Malaysia 2019 dijemput untuk menghantar permohonan ke laman sesawang rasmi mereka. Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan pertandingan sila hantarkan e-mel kepada info@missvirtualmalaysia.com

Maklumat terkini mengenai Miss Virtual Malaysia, ikuti pautan di:







Puncak acara akhir Miss Universe 2015 yang berlangsung di Las Vegas Amerika Syarikat, dinodai insiden memalukan. Pengacara Miss Universe, Steve Harvey salah mengumumkan juara. Pada Malam itu Harvey mengumumkan bahawa Miss Colombia, Ariadna Guiterrez terpilih sebagai Miss Universe 2015.


Namun setelah menerima bunga penghargaan, dikalungkan mahkota, dan memberi lambaian sebagai seorang juara, tiba2 pengacara muncul semula dengan nada perlahan dan penuh silap “Saya harus minta maaf,” kata Harvey. ” Miss Colombia adalah juara tempat kedua ,” dan mengumumkan Miss Philippine sebagai juara sebenar Miss Universe 2015.

Pada masa sama kedengaran orang ramai bersorak akan keputusan yang sebenar bahawa Miss Philippine sebagai juara. Juga kelihatan wakil negara Asia itu terpinga-pinga bahawa beliau adalah pemenang sebenar pada malam tersebut. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di wajahnya. 


Apa pun selepas penyerahan semula kalungan dan juga mahkota kejuaran kepada pemenang sebenarnya kelihatan Miss Colombia menangis dan di kelilingi kawan2 yang lain. Apa pun kalau sudah rezeki tak kemana. Sejurus itu, Steve telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya yang tersalah membaca nama pemenang tertera dalam kad keputusan tersebut. Tahniah kepada pemenang dan juga tahniah kepada semua yang telah menyertai Miss Universe 2015 dengan jayanya.