Dunia Penuh Gosip - Rozita Che Wan Dunia Penuh Gosip: Rozita Che Wan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Rozita Che Wan. Papar semua catatan
Sekarang makin ramai artis kita telah mula berhijrah dan telah menunjukkan perubahan ketara dari segi penampilan. Mungkin sebab peribadi atau juga mungkin kerana rasa tanggungjawab untuk melaksanakannya atau ia adalah kerana tiba masa itu hanya mereka yang tahu. Apa pun tahniah buat semua artis yang telah berani berubah kerana perubahan kearah kebaikan adalah datu Jihad.


Awal tahun ini sahaja dah 5 orang artis popular negara berhijab penuh. Mula dengan Hanis Zalikha. Kemudian Rozita Che Wan yang berhijab setelah pulang dari Umrah Alhamdulillah. Makin nampak cantik dan manis Che Ta bila berhijab nampak makin muda. 


Kemudian Elfira Loy pelakon yang masih muda telah mengorak langkah kepada perubahan ini. Tidak takut kepada rezeki di beri Allah El telah berhijab pada sambutan hari jadinya yang ker 24 baru2 ini. Tahniah El anda tetap nampak menarik dan anggun dan masih boleh berksi lasak walaupun telah berhijab.


Lepas tu Zulin Aziz pengacara yang meningkat naik ini juga telah berubah. Zulin juga telah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya menerusi portal Media Hiburan. Jelas pengacara tersebut, ia bukanlan paksaan daripada sesiapa tetapi lahir daripada kerelaan hatinya sendiri yang mahu memenuhi tuntutan agama.


Kini terbaru pelakon Faezah Elai juga melangkah transformasi kepada perubahan untuk terus berhijab. Faezah Elai juga telah meminta untuk dirinya dibantu selepas ini. Penghijrahan bukanlah satu yang mudah lebih-lebih lagi apabila anda bergelar selebriti. Semoga Faezah Elai diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah. Moga semua artis yang telah berhijrah akan di murahkan rezeki doa dari peminat2 semua.








Kini Zain telah begelar bapa setelah menunggu 9 bulan menanti saat yg begitu makna buat beliau apabila Rozita Che Wan telah selamat melahirkan anak perempuan mereka. Ramai org begitu teruja dengan kecomelan anak mereka yg seiras rupa Zain dan hudung Che Ta. Proses kelahiran ini telah bejalan lancar di Hospital Ampang Putri yg telah di taja sepenuhnya.


Itulah kesusahan dan kepayahan yg di lalui oleh pasangan ini apabila mereka menerima tajaan penuh oleh pihak hospital tersebut. Mula ramai org mengkritik dan menghina bukan sahaja pasangan ini malah pihak hospital. Itu dah biasa rakyat Malaysia kritikan dan dengkia dah jadi asam garam dalam hidup terutama pemilik media social.



Tidak habis di situ lagi malah lepas sahaja pasangan ini selamat menerima cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup selepas berumah tangga lebih dasyat. Ramai yg post gambar kecomelan anak Che Ta dan Zain ini tapi ramai juga yg mengkritik. Kata tidak boleh untuk post gambar anak yg di bawah 40 hari kerana akan membawa nasib tidak baik kepada anak tersebut. Ada juga tidak kurang yg dengki akan kecomelan anak mereka sehingga ada yg mengata dan memburukkan anak pasangan ini.



Apa pun yg di lalui mereka terus tabah dan terus akan bersama2 membesarkan anak ini sehingga berjaya. Namun Che Ta dan Zain masih tiada nama lagi buat anak mereka ini dah masih mencari nama2 sesuai. Cuba kita bagi cadangan nama baik2 buat anak pasangan ini agar terus membesar dengan sihat dan terus gembira. Tahniah buat pasangan ini kami ucapkan moga terus kekal hingga ke Jannah.