Dunia Penuh Gosip - Selamat Pengantin Baru Dunia Penuh Gosip: Selamat Pengantin Baru - All Post
Memaparkan catatan dengan label Selamat Pengantin Baru. Papar semua catatan
Selamat pengantin baru kepada pasangan dua sejoli Adam Lee dan Sweet Qismina. Majlis pernikahan pasangan pelakon popular Adam dan Sweet berlangsung pada 24 Oktober 2022 masih menjadi bualan ramai peminat.



Manakan tidak, Sweet tampil manis bertudung sewaktu majlis akad nikahnya yang berlangsung di The Boathouse, Tasik Ampang. Malah pemilihan dres putih kembang rekaan Amaze dan gaya tudung ringkas yang digayakan pelakon dengan nama sebenar Farhanna Qistina Supandi itu turut dipuji ramai.

Dalam majlis tersebut, Sweet dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahed Ashraf Supandi sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.



Lebih manis, majlis pernikahan pasangan itu turut memberi makna bahagia berganda buat Sweet yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada tarikh yang sama.

Dia juga menerima mas kahwin berjumlah RM2410.97 yang merupakan simbolik tarikh hari lahirnya. Pasangan serasi itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 sebelum mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu, juga pada sambutan ulang tahun kelahiran Sweet yang ke-24.



Pada majlis malam berinai yang diadakan sehari sebelumnya pasangan ini memilih tema Jawa yang sangat kena dan sepadan dengan dua mempelai ini. Ramai memuji akan kecantikan dan keserasian pasangan ini dalam busana klasik itu. Moga terus bahagia dan kekal hingga anak cucu dan mendapat anak-anak yang comel. 







Pada hujung minggu lepas dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri. Majlis pernikahan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang.


Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris  Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh. Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan. Shila tampil bergaya dengan busana yang diilhamnya sendiri. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.


Pihak pengurusan ANH Events dalam satu kenyataan berkata majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.







Selamat pengantin baru kepada pasangan yang telah lama menjalin hubungan dan kisah percintaan mereka yang telah diketahui umum Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Mereka jenis tak kisah pada orang pun nak kata apa bercinta lama dan pergi mana-mana bersama akhirnya ke jinjang pelamin juga mereka. 


Jumaat lepas telah selamat majlis akad nikah pengantin kaya tahun ini. Majlis yang diadakan di Damansara itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Walaupun kahwin dengan pakaian yang mewah dan cantik masih ada orang tetap tidak puas hati. Netizen ni ada sahaja idea nak memperlekehkan hasil karya orang. Baru-baru ini kecoh pula veil yang diperkenakan Izara bagaikan 'Roti Tisu'. Busana Izara dan Adib adalah hasil sentuhan Datuk Rizalman.

Tak kisahlah dek non orang nak cakap apa paling penting kau lain daripada lain dan juga kau kahwin orang kaya mereka ada. Moga mereka bahagia dan terus kekal hingga Jannah sebab ramai orang nak tengok pasangan ini menamatkan zaman bujang mereka setelah bercinta begitu lama.


Semua orang kenal siapa tu Adib anak kepada usahawan Datuk Sri Khalid Jiwa dan juga anak tiri penyanyi no 1 negara Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tak lama lagi Tok Ti bakal timang anak sendiri pula bestnya tak sabar nak tunggu kelahiran baby baru.