Dunia Penuh Gosip - Sensodyne Dunia Penuh Gosip: Sensodyne - All Post
Memaparkan catatan dengan label Sensodyne. Papar semua catatan
Satu tinjauan baharu* yang dijalankan oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, mendedahkan kebimbangan besar dalam kesihatan awam di Malaysia, iaitu gigi sensitif. Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69% mengalami gigi sensitif secara berterusan, dan sebanyak 61.8% memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding dengan mendapatkan rawatan pergigian. Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia*, kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan -  menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi “bertahan”  dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif. Sebabnya – mengapa terus bertahan?



Tinjauan yang memfokuskan pada kumpulan usia 18 hingga 40 tahun ini menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini. Sebanyak 38.4% responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% berada dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur.

Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5%) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya. Lebih membimbangkan, hanya sebanyak 13.1% responden mengambil tindakan menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik.

Sebagai respons terhadap isu yang meluas ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran Sensodyne Fresh Mint - ubat gigi baharu dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif. Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti:
Perlindungan 24 Jam: Dengan penggunaan berterusan dan memberus dua kali sehari, anda boleh menikmati makanan dan minuman kegemaran tanpa rasa ngilu.
Kesegaran yang berpanjangan: Rumusan baharu Sensodyne Fresh Mint memberikan rasa segar yang berpanjangan.
Teknologi Pembersihan Tiga Tindakan: Formula inovatif ini menggilap gigi, menghilangkan kotoran, dan menyingkirkan bakteria untuk senyuman yang lebih ceria dan manis.

Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian tersebut, yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ), mengenal pasti bahawa:
•  100% pengguna tetap Sensodyne berpuas hati setiap hari.
•  98% melaporkan simptom sensitiviti mereka bertambah baik.

“Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup - seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha  menangani punca sebenar. Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne, bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal – kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius,” kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, turut bersetuju: “Sensitiviti gigi bukan isu kecil - ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam. Namun, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum, malah memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.”

Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen seluruh negara “A Happy Mouth is...A Happy Mind” untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia  menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, dari 21 April hingga 21 Mei 2025.

Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.








Pada Hari Kesihatan Pergigian Sedunia ini, Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitiviti #1 di Malaysia, melancarkan Sensodyne Sensitiviti Gusi & Enamel, sebuah inovasi terbaharu yang terbukti secara klinikal dengan formula tiga mod tindakan khusus yang memberikan kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, membantu memulihkan kesihatan gusi dan menguatkan enamel dalam tempoh dua minggu. Teknologi Micro Foamnya yang inovatif berkesan dengan bahan aktif (Fluorida Stannous) ke kawasan yang sukar dicapai di antara gigi dan di sepanjang garis gusi.



Masalah kesihatan gigi dianggap sebahagian besarnya boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun angka kekerapan masalah ini masih tinggi. Di Malaysia, 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi, 71% menderita sensitiviti gigi, dan hampir 46% mengalami gigi kuning, yang mungkin disebabkan oleh kehilangan enamel, menurut kajian Kantar 2021. Penemuan ini menyerlahkan kepentingan pengguna yang ketara terhadap penyelesaian dalam menangani pelbagai masalah kesihatan gigi di Malaysia.



Sensitiviti pada gigi disebabkan terutamanya oleh masalah gusi dan hakisan enamel. Enamel ialah lapisan pelindung paling luar gigi yang mungkin lemah mengikut peredaran masa akibat asid dalam makanan dan minuman biasa, manakala masalah gusi berpunca daripada pengumpulan bakteria plak.



“Walaupun ramai rakyat Malaysia menghadapi sensitiviti gigi, masalah gusi dan isu enamel, penyelesaian tetap wujud”, kata Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon. Tambahnya, "Sembilan daripada sepuluh orang dewasa berisiko kehilangan enamel akibat makanan berasid, namun begitu ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap gigi kita. Di Haleon, kami percaya bahawa gigi yang sihat tidak seharusnya menjadi keistimewaan eksklusif. Melalui pengenalan Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel dan kempen #BetterOralCareNation, kami berhasrat untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut mereka dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh diakses.”



Sensodyne meneruskan gerakan #BetterOralCareNation untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut di seluruh Malaysia dan mendorong rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan mulut mereka untuk gusi dan gigi yang lebih sihat. Kempen ini termasuk iklan televisyen yang memikat hati, pengiklanan luar yang menarik perhatian, aktiviti di lapangan yang menarik dan kandungan bermaklumat di seluruh laman web Sensodyne Malaysia, saluran media sosial dan platform media tradisional. Melalui kolaborasi dengan profesional penjagaan kesihatan, pencipta dan pempengaruh media sosial, Sensodyne menyasarkan matlamat untuk menyampaikan maklumat boleh dipercayai berkaitan dengan saluran.



Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac, dengan acara pertama berlangsung pada 7 Mac di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur, dengan pemeriksaan pergigian percuma (ujian sensitiviti, gusi dan enamel). Sebagai sebahagian daripada aktiviti penglibatan, lagu popular #BetterOralCareNation dibawa semula di media sosial bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan amalan kesihatan mulut mereka.



Ubat gigi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui selanjutnya kempen tersebut, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.







Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif Nombor 1*, hari ini melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures di Malaysia bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbarunya, membolehkan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.



Bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan, malah juga terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kerana bimbang ianya akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi. Perkara yang dianggap biasa seperti menikmati secawan teh tarik, teh boba ais atau menikmati aiskrim yang sejuk boleh bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya.

Setiap individu, termasuk mereka yang menghidap masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat daripada kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, dengan mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.



Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini. Kajian itu turut mendapati bahawa kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka.

Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi sensitif. Di kalangan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif di Malaysia, 39% menyedari masalah yang mereka hidapi, manakala 32% yang lain mengalami gejala sensitiviti tetapi tidak menyedari masalah yang dihidapi oleh mereka.



Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif. Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan bahawa kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%), mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam(29%) dan pedas (15%).

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures Sensodyne akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022, dengan pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial; yang disampaikan menerusi pelbagai platform termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital.



Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara. Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair. Selain daripada itu, dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, para pengguna juga akan menerima 10% POTONGAN tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5. Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh Malaysia.

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif. Ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.



Sensodyne Malaysia. Symptoms of Sensitivity. Oktober 2021. Dipetik daripada pautan. Confidential – For GSK’s internal use only menjaga kesihatan gigi dan gusi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, sila kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.