Dunia Penuh Gosip - Separuh Akhir Dunia Penuh Gosip: Separuh Akhir - All Post
Memaparkan catatan dengan label Separuh Akhir. Papar semua catatan
Malam tadi telah diumumkan 30 buah lagu yang tersenarai dalam lagu ke separuh akhir Muzik-muzik 35. Daripada senarai yang diumumkan dapat di rangkulkan lagu solo dan lagu duet seimbang untuk muzik-muzik separuh akhir kali ini. Juga menyaksikan banyak penyanyi tersenarai lebih daripada satu lagu yang layak dalam separih akhir.



Senarai penuh lagu yang layak ker Muzik-Muzik Separuh Akhir 35

1) Canggung - Wany Hasrita
2) Gundah - Ernie Zakri
3) Sembah - Naim Daniel
4) Peluang Kedua - Nabila Razali
5) Curang - Syamel
6) Sebentar - Dayang Nurfaizah
7) Aku Bidadari Syurgamu - Dato' Sri Siti Nurhaliza
8) Panggung - Apex Tajudin
9) Kau Sakiti - Amir Masdi
10) Semalam - Aina Abdul
11) Eh! - Zizi Kirana
12) Hati - Heal Husaini
13) Khayal - Stacy
14) Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter

15) 7 Nasihat - Dato Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
16) Tentang Rahsia - Shila Amzah & Judika
17) Gila - Kaka Azraf, Loca B & Noki
18) Takkan Terlerai - Erni Zakri & Syamel
19) Belenggu Rindu - Wany Hasrita & Dato Jamal Abdillah
20) Hello - Ismail Izzani & Andi Bernadi
21) Takkan Merubah - Suffian Suhaimi & Amira Othman
22) Takdir Tercipta - Hafiz Suip & Adira
23) Bicara Rasa - Arif Bahran & Sarah Suhairi
24) Sakit - Zynakal & Yonnyboy
25) Aku, Kau & Muzik - Akim & Stacy
26) I Want To Love Me - Alif Satar & The Locos
27) Kelabu - Yonnyboy & Azlan and Typewriter
28) X Missing You - Dayang Nurfaizah, Yonnyboy, Tuju & Faizal Tahir 
29) Adakah Engkau - Naim Daniel & Tuju
30) Hutang - Floor 88



Tahniah kepada Yonnyboy selaku pendatang baru dalam industir muzik tempatan terus layak ke peringkat separuh akhir malah bukan satu lagu tapi 3 buah lagu ciptaan dan nyanyian beliau layak ke peringkat ini. Juga tahniah kepada Dato Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Stacy, Wany Hasrita, Erni Zakri, Syamel, Azlan & The Typerwriter dan juga Naim Daniel layak dengan dua buah lagu ke separuh akhir nanti.



Juga tahun ini menyaksikan seorang penyanyi dari seberang iaitu Judika layak menyertai senarai ini kerana menyanyikan lagu ciptaan komposer tempatan. Adakah akan muncul kelibat penyanyi ini kerana warga dari negara jiran ini tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia akibat pendamik. Kali ini persembahan Muzik-Muzik Separuh Akhir 35 bakal di adakan secara langsung tiga hari berturut-turut. Tarikh yang dipilih adalah 20 (Jumaat), 21 (Sabtu) dan 22 Nov 2020 (Ahad). Akan ditayangkan secara langsung di TV3 jam 9.00 malam.







Debaran dan juga penantian 30 buah lagu yang bersaing pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34 telah terjawab. 12 buah lagu telah layak dan terpilih untuk keperingkat Anugerah Juara Lagu yang akhirnya satu lagu bakal dinobatkan sebagai juara. Seperti mana ramalan ramai peminat lagu Anta Permana dan juga Ragaman berjaya layak keperingkat juara lagu. Kedua-dua lagu ini tidak disampaikan oleh penyanyi asal tapi penyanyi peganti namun kekuatan pada lirik dan muziknya.


Lagu lain yang layak ke peringkat Anugerah Juara Lagu 34 adalah lagu Drama dari kumpulan Drama Band, Rampas nyanyian Akim & The Majistret, Dinda dari kumpulan Masdo. Manakala lagu solo pula menyaksikan artis baru serta artis otai bersaing seperti Sumpah - Naim Daneal, Sumpah - Aina Abdul, Bangun- Aman RA, Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip, Ku Bersuara - Ernie Zakri, Lembah Kesepian - Haqiem Rusli dan Peneman - Hazama.

Namun tetap ada juga beberapa lagu yang ternyata ada juga kehebatannya tetapi tidak tersenarai dalam AJL kali ini seperti lagu Terlalu Memuja, Satukan Rasa, Pujaan Hati dan juga Teguh Setia. Manakala tiada satu pun lagu ciptaan Amylea layak ker AJL. Apa pun Aina Abdul membuat kejutan sebagai penyanyi yang tidak dijangka-jangka dapat tempat ke peringkat AJL. Tapi betul kata orang rezeki tidak kemana kerana juri profesional telah melaksanakan tugas mereka.


Apa pun tahniah kepada semua lagu dan juga komposer moga buat yang terbaik di peringkat akhir nanti. Korang rasa lagu mana bakal menjadi juara AJL ke 34 kali ini. Sama-sama kita nantikan malam kemuncaknya yang bakal berlangsung Januari 2020 nanti. Good luck semua anda memang terbaik.






Minggu lepas Muzik-Muzik ke 34 telah mengumumkan senarai lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhirnya. 30 buah lagu yang hebat bersaing selamat setahun ini kini bakal berentap di tiga peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 15, 22, dan 29 November ini. Nampak penyertaan kali ini sembang antara mereka yang dah bepengalaman atas pentas AJL dan juga yang masih baru BBNU.


Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu pertama

Drama – Drama Band
Paku – Ara Johari
Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
Tiada Dirimu – Shila Amzah
Mencuba – Sufian Suhaimi
123 – Khai Bahar
Satukan Rasa – Siti Nordiana & Khai Bahar
Terlalu Memuja – Wany Hasrita
Bidadari – Ismail Izani
Aku Yang Bersalah – Ucop
Kepuraanmu – Luqman Faiz

Manakal minggu kedua menyaksikan lagu daripada arti no 1 rakyat Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu 'Anta Pemana'. Namun seperti mana penderian penyanyi ini beliau tidak akan menyampaikan lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong tersebut. Siapa bakal menjadi peganti masih menjadi tanda tanya dan juga perhatian ramai kerana lagu ini cukup kuat dan hebat. Mampukah peganti bakal membawa lagu ini sebaik atau lebih baik daripada Tok Ti. Kita nantikan...

Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu kedua

Anta Permana – Dato Sri Siti Nurhaliza
Rampas – Akim & Majistret
Pujaan Hati – Adira
Sumpah – Naim Daniel
Ku Bersuara – Ernie Zakri
Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Teguh Setia – Muna Syahirah
Regamanmu – Faizal Tahir
Pedih – Sarah Suhairi
Bekas Kekasih – Tomok
Lembah Kesepian – Haqiem Rusly


Minggu ketiga pula menyaksikan 8 lagu yang akan bersaing dan juga pada malam tersebut semua keputusan akan diumumkan. Lagu mana yang layak untuk ke AJL tahun ini yang menjadi pentas keramat dan idaman semua penyanyi di Malaysia. 

Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu ketiga

Dinda – Kugiran Masdo
Peneman – Hazama The Penglipurlara
Bimbang – Marsha
Tetap Kamu – Amylea x Megat
Pudar – Indah Ruhaila
Sumpah – Aina Abdul
Bangun – Aman Ra
Jutaan Purnama – Datin Alyah

Pengacara pada malam separuh akhir masih Sherry Alhadad dan juga Haziq. Bakal di tayangkan secara langsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam dan di TV3. Nantikan kehebatan dan juga siapa bakal tampil menyerlah pada malam separuh akhir nanti.








Minggu separuh akhir pada malam tadi menyaksikan bahawa hanya 6 orang finalist yang akan ke peringkat akhir Gegar Vaganza. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Aishah sudah pasti, Hazami, Firman, Tia, Liza Hanim dan Lan Solo. Semua keputusan adalah di tangan 4 orang juri untuk peringkat separuh akhir ini.


Dua juri jemputan pada malam itu adalah Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Dato Wah Idris. Pada malam itu persembahan Syura bagi Tok Ram sangat teruk dan banyak masalah teknikal. Juga ditambah komen oleh Hetty Koes Endang apabila Syura bertukar kepada rentak dangdut bagaikan tembak tidak mengenai sasaran. Ini menyebabkan juara program Masterchef Celebriti Malaysia Musim ke 2 ini tersingkir.

Pada malam separuh akhir ini semua peserta menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagi solo dan satu lagi lagu OST filem. Aishah terus menyerlah dan mendapat pujian melambung daripada Dato Ramli serta dato memberikan terus tiket ke final buat Aishah selepas habis persembahan pertama beliau pada malam itu.


Minggu depan adalah minggu final yang akan di adakan di Studio Iskandar Johor Bahru secara langsung dari sana dan di Astro Ria serta Ria HD. Tiket juga telah habis dijual kepada semua yang mahu menyaksikan secara langsung di sana. Tema minggu akhir adalah battle dan lagu solo. Siapa kali ini bakal dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke 4.





Ini yang kita mahukan dimana pelapis kepada generasi pencipta dan penyanyi baru untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Ini telah dibuktikan apabila 8 buah lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ini adalah penyanyi baru dan dari komposer yang baru. Ini satu petanda baik yang akan tidak mematikan muzik Malaysia.


Tahniah kepada 8 penyanyi baru yang pertama kali menjejak kaki ke peringkat AJL nanti antaranya adalah Syamel yang mana dua lagu ciptaannya dan nyanyiannya berjaya ke peringkat akhir. Lagu Lebih Sempurna dan lagu Aku Cinta duet bersama Ernie berjaya menambat hati juri.


Juga penyanyi baru lain yang layak ker AJL adalah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Salma, Ara dan Khai Bahar. Juga terdapat komposer baru yang pertama kali layak ke peringkat akhir gandingan Gouffran dan Ibnu melalui dua buah lagu iaitu Tergantung Sepi dan Menahan Rindu.


Tapi tidak lupa juga beberapa artis otai yang bakal memberikan saingan hebat kepada semua muka-muka baru ini. Tambahan bila nama Dayang Nurfaizah disebut layak ker peringkat akhir dan juga Hazama. Juga komposer berpengalaman dalam AJL Ajai turut berjaya dengan dua lagu iaitu Separuh Mati Ku Bercinta dan Akhirnya Cinta


Siapa bakal bergelar Juara Lagu ke 32 dan siapa pula bakal memberikan saiangan Vokal Terbaik adakah masih Dayang Nurfaizah lagi. Sama-sama kita nantikan AJL 32 pada bulan Jan 2018 nanti. Tahniah semua yang berjaya lakukan yang terbaik.

Senarai 12 lagu ke AJL32 :-

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Khai Bahar - Bayang
Wany Hasrita -  Menahan Rindu
Heal Hussaini - Jampi
Ara Johari - Warkah Untukku
Syamel - Lebih Sempurna
Syamel & Ernie - Aku Cinta
Salma - Akhirnya Cinta
Azmi Caliph Busker - Sejati
Altimet - Amboi
Hazama - Aku Yang Sebenar
Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta







Tahniah kepada 5 bintang yang memang selayaknya untuk pergi ke peringkat akhir AF Megastar minggu hadapan. Bagi dua yang tersingkir pada peringkat separuh akhir ini iaitu Amir J dan Amir mungkin diluar sana masih banyak peluang untuk anda kerana usia anda masih muda. 

Bagi peserta yang layak iaitu Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Syahir ini adalah peluang keemasan korang untuk buktikan bahawa korang adalah yang terbaik daripada masa lalu korang. Walaupun Syahir pernah menang AF dahulu tapi tidak semestinya kali ini akan milik beliau lagi kerana bakat adalah segalanya.


Namun daripada pemerhatian kita seperti dah boleh ramal siapa bakal mendapat markah lebih daripada juri dan kedudukan setiap peserta pada minggu akhir ini nanti. Nampak gaya kehebatan Idayu dan Bob tidak boleh dinafikan lagi memang mereka ternyata hebat. Tapi sediakah kita peminat kat luar sana untuk terima orang seperti mereka.

Maksudnya penyanyi yang ada suara sangat sedap dan bakat tinggi tapi fizikal yang tidak seindah mana. Ini yang menyebabkan industri kita hanya pandang pada rupa bukan pada suara. Walaupun Datuk M. Nasir kata Bob adalah aset negara mungkin pertandingan luar negara mereka boleh menang tapi untuk jual lagu atau album kat negara sendiri belum tentu lagi kalau kita peminat tak ubah persepsi itu.

Harap lepas Akademi Fantasia Megastar ini akan membuka mata kita semua bawah sebelum ini kita telah lepaskan lubuk emas yang ada pada bintang-bintang hebat negara ini. Juga mereka yang lahir dari AF Megastar ini akan diberi lagu yang sesuai dengan vokal dan popular agar ia tidak mati begitu sahaja. Semoga maju jaya kepada semua peserta akhir dan pastikan buat yang terbaik untuk diri anda dan peminat. Suka tengok persembahan Marsha dan Idayu.







Apa sudah jadi kepada kumpulan Virus yg telah tersingkir di peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega semalam. Kumpulan Virus gabungan antara kumpulan Jambu dan juga Zizan telah di umumkan tidak layak ke peringkat akhir oleh pengacara Dato AC Mizal. Pengumuman tersebut sgt mengejutkan buat peminat kumpulan tersebut yg cukup memberi sokongan penuh kepada kumpulan ini.


Bagi juri juga agak terkejut dengan penyingkiran kumpulan Virus. Di mana silapnya atau memang kumpulan ini tidak serasa semenjak awal penggabungan mereka. Ini kerena minggu demi minggu kelihatan lawak Virus tidak konsisten. Ada masa kadang2 lawak mereka langsung tidak menjadi dan seperti masing2 masih belum ada keserasian.


Hanya beberapa minggu sahaja dapat di lihat lawak kumpulan Virus ini menjadi seperti mana yg di katakan oleh Dato Jalaludin Hassan. Mungkin juga kerana kontroversi antara Zizan dan juga Fazura yg berlaku minggu lepas. Adakah kerana ini ramai peminat agak meluat dan menyampah dengan lawak Zizan. Tapi semua itu hanya spekulasi sahaja dari penonton dan juga keyboard warrior.

Apa pun tahniah kepada 5 kumpulan lagi yg telah layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Sepahtu juga hampir tersingkir pada mlm separuh akhir bersama dengan kumpulan Shiro. Namun kejutan untuk kumpulan Zero yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir kerana MLM sebelum ini mereka tersingkir awal. Apa pun pasti akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan lebih meriah dan lebih memberi saingan kepada mereka2 yg pernah menjadi juara dan juga peserta peringkat akhir. Tahniah kumpulan Zero, Bochey, Sepahtu, Nabil dan juga Shiro siapa bakal menjadi juara.