Dunia Penuh Gosip - Sexy Dunia Penuh Gosip: Sexy - All Post
Memaparkan catatan dengan label Sexy. Papar semua catatan
Fenomena Spornoseksual di Malaysia sebenar telah lama berlaku terutama kepada golongan artis lalaki. Tapi ia semakin menjadi2 bila banyak pihak produksi atau penerbit dan pengarah yg mencari barisan artis yg bukan sahaja kacak malah menjaga tubuh badan agar tampak hebat di depan kaca tv. 


Namun bagi kebanyakan ia adalah satu perkara yg sihat kerana artis kita mula melihat mempunyai tubuh yg hebat dan mantap adalah eset untuk terus berada di dalam dunia industri hiburan tempatan. Ini sebenar telah lama di guna pakai di Hollywood mereka mengutamakan artis yg mempunyai susuk menarik untuk menjadi hero dalam sesetengah filem. 


 


Sehingga membawakan perbelanjaan tinggi oleh barisan pelakon lelaki di Hollywood untuk tampil hebat di depan peminat mereka. Moga fenomena sihat ini akan membawa kepada kemajuan dalam dunia huburan tanah air dan membawa kepada pekara positif. Ambil kesempatan ini untuk tampil lebih hebat barisan artis tempatan agar mampu bersaing dengan filem luar negara.






Bila sebuat jer nama ke empat2 artis ini apa persamaan mereka. Pasti ramai akan tahu bahawa ke empat2 mereka ini adalah bekas peserta Dewi Remaja. Mereka juga pernah menjadi model untuk beberapa product selepas keluar daripada program itu. Lagi persamaan yg paling ketara apa dia. Mesti ramai tak tahukan bahawa artis 4 org ini pernah keluar dengan gosip dan di labelkan sebagai antara artis-artis paling hangat kontroversi tahun ini.

Tapi bagi Scha Alyahya dah agak suam-suam kuku kerana telah begerlar isteri org sekrang ni. So semua controversi lama telah habis padam dan menjadi sejarah dalam dunia hiburan tanahair. Mana tak pernah gempar dengan isu di pukul bekas kekasih. Pernah juga membuatkan jejak idaman Malaya menangis mengalirkan air mata opsss. Tu semua sejarah dan tidak perlu di kenang. 


Tidak kurang hebatnya dengan gadis Artis Baru Popular ABPBH 2011 ini. Juga banyak kali kuar dengan kontrovesi dan gosip2 liar. Lepas gosip artis kelab malam keluar pula gosip di taja oleh VVIP. Sapa lagi kalau bukan Tasha Shila. Pelakon yg makin naik nama ini tidak lengkang dengan gosip dan kisah hidup penuh kontroversi ini. Namun di nafikan semua sekali tomahan itu walaupun semua org dah tahu siapa beliau.


Lepas itu pulak kisah Anzalna yg manis comel dan gebu-gebu ini. Mula mencipta kontroversi dengan kes melemparkan luahan hati kepada si seorang ini. Akibatnya terus hendak di saman dan tunggu beliau untuk mohon maaf atas luahan hati yg telah menyinggung hati artis lain. Tidak pernah naik tiba2 timbul isu memfitnah ini pulak sian Anzalna sebab mulut badan binasa.


Yang paling top sekali ini dia pengacara Nona yg baru. Terus naik nama beliau selepas belakon di dalam Azura 2012. Tiada ribut tiada angin tiba2 artis baru ini terus meletop dengan gosip bermula meragui kemenangan rakan artis lain dalam anugerah popular baru2 ini. Lepas itu berbalas-balas saling tuduh menuduh dan melibatkan org lain. Mcm dah berbalas pantun lak hehehehe... Sapa lagi kalau bukan Neelofa yg manis bertahi lalat di pipi.
Dalam mengejar dunia glamor ini kecantikan dan kesexyan sesorang menjadi faktor dalam penilaian para penerbit mahupun pengarah. Mahupun lelaki atau wanita dua2 menjadikan kecantikan sebagai elemen dalam menjadi lebih popular dan juga lebih di minati. Kalau artis wanita tu memang tak di nafikan lah perlu seorang yg sexy dan sentiasa muda di hadapan penonton. Tapi bagaimana lak artis lelaki adakah mereka juga begitu menjaga semua itu.

Fizo Omar bekas Hero Remaja
Nazim Othman yg cepat popular kerana paras rupa
Artis selalu tukar nama Shahz Jaszle kini Shahrizal Jaszle
Amran Ismail artis yg diragui tentang statusnya
Randy Pangalila artis Indonesia cipta nama di sini
 
Di atas ni adalah cuma contoh dan bukanlah di fokuskan kepada mereka sahaja. Tapi tak dinafikan kepopularan mereka adalah kerana fizikal dan juga paras rupa. Ia lebih selesa dan lebih senang dipandang oleh penonton di Malaysia kot. Tapi hak masing2 nak menilai cuma kenyataan sahaja dtg dari pendangan mata.

Makin bergoncang dunia hiburan apabila makin byk tersebar gambar liar anak kepada rockers no 1 Malaysia Amy Search. Anak perempuan rockers ini makin liar dan menjadi2 sejak bergelar janda anak satu. Mungkin baginya status bukan penghalang untuk berhibur selagi masih bernyawa perlu kepada kebebasan mungkin itulah pemikliran perempuan ini.

Sebelum ini kecoh kisah gambar2 cium Nabila Huda bersama org yg di dakwa sebagai teman lelaki dia iaitu seorang juruselam di Pulau Tioman. Namun masih samar2 isu itu sehinggalah Amy Search sendiri membuat dakwaan tidak tahu menahu tentang perangi anaknya itu diluar dari kawalan beliau. Namun Amy sendiri telah meminta anaknya agak mengaku kesalahan dan menjaga tingkat laku demi untuk menjaga maruah keluarga beliau sendiri.

 

Betulah bait2 lagu nasyid ini 'Iman tidak dapt diwarisi dari seorang ayah yg bertaqwa' kalau diri sendiri tidak mencarinya dan tidak mengamalkannya. Namun makin byk gambar peribadi milik artis ini menjadi siaran kepada meraka yg mahu mencari populariti. Mana tak nya gambar artis ini berbikini pun di siarkan padahal itu lumrah kalau org pergi bercuti di pusat peranginan. Tapi mungkin sebab dia ini adalah anak artis dan seorang artis maka perhatian itu lebih dari kamera2 wartawan tak bertauliah ini.

Harap Amy lebih tabah sebagai otai dalam dunia hiburan ini dan lebih menjaga anak nya ini daripada terus menjadi duri dalam daging. Kepada penonton diluar sana jng ambil kesempatan kepada org lain untuk menaikkan diri sendiri. Kadang kita suka sebar keburukan org tapi tak sedar keburukan kita sendiri kerana menyebarkan gambar itu adalah sama jer dosa dengan org yg mengambil gambar itu. ok.....