Dunia Penuh Gosip - Shaheizy Sam Dunia Penuh Gosip: Shaheizy Sam - All Post
Memaparkan catatan dengan label Shaheizy Sam. Papar semua catatan
Menjadi trend artis dan juga orang biasa untuk ada photo Pre Wedding yang grand dan luar biasa. Tapi itu cuma trend dan bukan kewajipan yang penting adalah akad nikah itu. Tapi kalau dah ada tajaan 25juta kenapa tidak buat Pre Wedding yang betul2 meletop seperti pasangan selebriti ini.


Sapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin yang telah mengadakan sesi photoshoot pre wedding mereka baru2 ini. Macam ala2 Dilwale yang mana video muzik untuk lagu Garua yang di shoot di Itali. Pasangan ini juga mengadakan sesi photo pre wedding ini di atas kapal layar mewah dengan busana merah menyala.


Dari segi posse dan juga pakaian tidak salin tumpah dengan filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol itu. Tambah lagi atas kapal mewah cuma dalam filem tu atas rangka kapal terbang terbiar sahaja hehehe. Nampak sungguh menawan dan sama padan pasangan pelakon ini. Korang tengok sendirilah bila dah di kenakan pakaian dan makup memang cantik.


Tak sabar lak nak tengok pakaian wedding mereka yang di taja katanya berharga hampir RM30ribu. Apa pun moga pasangan ini bekekalan hingga Jannah dan terus mendapat cahaya mata yang comel2 jangan tunggu lama2 ok. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan 8 Feb di Penang dan majlis resepsi pada 9 Feb belah perempuan dan 14 Feb belah lelaki di KL.







Sinonim bulan Februari dengan bulan kasih sayang atau orang barat panggil Valentine month, ramai rancang untuk majlis2 yang penuh kasih sayang juga majlis perkahwinan. Begitu jugalah artis Malaysia yang memilih bukan Februari ini untuk melangsungkan majlis penuh makna mereka. Ada artis yang dah lama berkenalan dan memilih Februari 2016 untuk berkahwin dan juga tidak kurangnya Wedding Of The Year bulan ini juga.

Jom kita lihat antara beberapa pasangan selebriti yang telah merangcang perkahwinan mereka bulan Februari ini.

Akim dan Stacy Bergabung Berkahwin


Pasangan muda ini bekenalan sejak keluar program realiti Akademi Fantasia. Kisah cinta mereka telah lama dicanang namun pasangan ini pandai menyimpan segala perhubungan mereka. Ini semua diperkukuhkan lagi setelah Stacy memeluk Islam pada Oktober tahun lepas. Kemudian dikejutkan pula dengan majlis pertunangan pasangan ini pada September tahun lepas secara tertutup.

Majlis pernikahan Akim dan Stacy akan diadakan dibelah kediaman artis wanita ini di Penampang Sabah. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di kediaman keluarga Akim di Johor Baharu. Namun tarikh untuk majlis ini masih dirahsiakan oleh pasangan ini. Mereka ini telah berkenalan selama lebih 6 tahun.

Wedding Of The Year Sam dan Syatilla


Ini adalah perkahwinan selebriti paling mahal sehingga kini di Malaysia yang mana juga paling banyak mendapat tajaan sehingga 25juta. Begitulah kalau orang dah popular dan ada nama senang untuk dapat tajaan tak macam artis yang suam2 kuku nak kena minta tajaan dari orang. Namun tidak kisah akan tajaan itu pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah berkenalan lebih dari 6 tahun.

Namun tiada kisah gosip percintaan mereka tidak pernah mengaburi kejayaan Sam sebagai Bintang Paling Popular untuk 3 tahun. Majlis pernikahan mereka akan di adakan pada 8 Februari 2016 di Nibong Tebal Pulau Pinang rumah keluarga Syatilla serta majlis bersanding sebelah perempuan pada 9 Feb. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan di adakan di Hotel Mandarin Oriental pada 14 Feb ini.

Pelakon Drama Cantik Anzalna Nasir dan Hanif Zaki


Pasangan ini juga telah mula berkenalan di laman sosial sejak 10 tahun lalu. Kini keakraban mereka makin terselah dan mula memutuskan untuk lebih serius dalam perkahwinan tahun ini. Memilih bulan Februari juga untuk majlis pernikahan dan juga majlis persandingan.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negara KL pada 21 Feb. Manakala majlis resepsi sebelah wanita akan diadakan pada 27 Feb di Grand Hayatt Hotel. Bagi majlis menyambut menantu pula di sebelah lelaki pada 3 April di Dewan Perdana Felda

Semoga ke tiga-tiga pasangan sama cantik ini kekal hingga Jannah dan peminat mendoakan kebahagiaan mereka. Menerima keluarga baru dan juga tidak merahsiakan wajah anak seperti mana yang di buat banyak selebriti sekarang. Apa pun perkahwinan satu ikatan suci yang harus dijaga untuk sebuah keluarga bahagia. Selamat pengantin baru dari Mahagosip buat semua. 







Ramai tak sangka dalam diam2 gosip hubungan mereka akhirnya ia di akhiri dengan satu ikatan yang suci dan halal. Itulah yang akan dilalui kedua2 pelakon ini iaitu Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Februari ini. Dalam satu majlis bersama media yang diadakan pada hari ini di sebuah hotel mereka mengumumkan tentang perkahwinan mereka.


Paling mengejutkan adalah perkahwinan ini akan menjadi sejarah sebagai perkahwinan paling mahal tahun 2016 dan juga perkahwinan yang menerima tajaan paling banyak iaitu sebanyak RM25 juta. Sam salam ucapannya menyatakan sangat terkejut akan jumlah itu dan ia sendiri tidak mengetahui siapa penaja itu kerana segala urusan di serahkan sepenuhnya kepada ahli keluarga.

Sapa tak nak taja pelakon yang telah memenangi Bintang Paling Popular sebanyak 3 tahun dan juga pelakon yang telah mencipta nama dalam filem paling laris 2015 dan pecah panggung iaitu Polis Evo. Selain itu juga Sam menjadi duta kepada beberapa produk yang telah keluar iklan di kaca TV. Tahniah buat Sam dan Sya atas perkahwinan ini.

Majlis akan di adakan di kedua2 belah pihak di kampung Sya pada 9 Februari di Pulau Pinang dan juga di sebelah Sam akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental KL. Moga pasangan sama pada dan cama cantik ini akan kekal hingga Jannah dan juga mempunyai anak2 yang comel dan ramai. Peminat Sam akan kecewa atas keputusan untuk perkahwinan ini adakah ia akan menjejaskan kareer beliau. Sama2 kita doakan kebahagiaannya.