Dunia Penuh Gosip - Shopee X SimplySiti Mini Concert Dunia Penuh Gosip: Shopee X SimplySiti Mini Concert - All Post
Memaparkan catatan dengan label Shopee X SimplySiti Mini Concert. Papar semua catatan
Tahniah buat Shopee dan juga SimplySiti atas penganjuran Mini Konsert Shopee X SimplySiti baru-baru ini di Kuala Lumpur Convention Center pada tanggal 14 September 2019. Dalam konsert tu Dato Sri Siti Nurhaliza telah menyampaikan lebih dari 10 buah lagu yang menceritakan kisah perjalanan hidup dan perit jerih artis no. 1 negara ini. Lebih dari 1000 orang peminat Siti hadir memenuhi ruang dewan pada konsert tersebut. 


Tok Ti juga turut mengalirkan air mata pada mula persembahan sewaktu menyampaikan lagu Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih. Mengenangkan kisah semasa zaman persekolahan dan membuat persembahan demi mengejar minat beliau dalam dunia nyanyian ini. 


Kebanyakkan lagu yang disampaikan dalam mini konsert tersebut adalah lagu yang tidak pernah beliau persembahkan dimana-mana konsert beliau sebelum ini. Antara lagu yang dinyanyikan seperti  Ku Mahu, Pendirian Ku, Satu Cinta Dua Jiwa, Warna Dunia dan Ku Menunggu


Ada juga lagu popular yang menjadi siulan ramai turut disampaikan lagi pada malam tersebut seperti Biarlah Rahsia. Juga lagu terbaru beliau Anta Permana dalam version baru dengan arrangement lagu Senorita. Sangat menarik dan juga segar didengar pada malam terebut. Akhir sekali Dato Sri Siti menutup persembahan dengan lagu OST filem Dendam Pontianak iaitu Kasihku Selamanya.



Pada malam konsert juga penonton dihiburkan dan turut terlibat dengan pelbagai aktiviti permainan yang memberikan hadiah kepada penonton. Juga konsert ini disiarkan secara langsung melalui aplikasi Shopee serta penonton boleh menang Shopee Coin melalui goyang Shopee yang bernilai sehingga 1juta. Siti juga melancarkan buat pertama kalinya produk baru keluarkan SimplySiti iaitu BeauSiti minuman untuk kesihatan wanita.








Setelah bekerjasama melebarkan jualan produk SimplySiti melalui platform e-dagang No 1 Shopee, di Malaysia. Kini Dato' Sri Siti Nurhaliza akan mengadakan mini konsert istimewa atas kerjasama tersebut. Tok Ti bakal menyampaikan 10 buah lagu ikonik  dengan 2 aktiviti khas bersama penonton bertuah yang dapat mendekati dan beramah mesra dengan penyanyi no 1 negara ini. 


Maklumat konsert adalah seperti berikut :
Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30malam hingga 10.30malam
Lokasi : Conference Hall 1-3, KL Convention Centre

Jadi jangan lepaskan peluang istimewa ini. Terdapat dua jenis tiket yang mula dijual sekarang iaitu Diamond dan juga Gold dan seperti mana aura penyanyi hebat ini tiket Diamond telah habis dijual. Anda boleh dapatkan diskaun 10% dalam pembelian tiket dengan menggunakan kod SHXSS10 semasa membuat pembayaran. Bagaimana untuk anda menyaksikan konsert istimewa ini hanya beli tiket yang telah mula dijual sekarang di Shopee.

Cara membeli tiket:
- Layari laman sesawang di >>> https://invol.co/clhmk5
- Klik 'BELI SEKARANG'
- Sebaik sahaja pembelian selesai, Anda akan menerima Pemberitahuan Push dengan tajuk: Shopee x Simplysiti Mini Concert under 'Shopee Updates'
- Klik pada Pemberitahuan Push dan anda akan diminta mengisi borang
- Isi borang dalam tempoh 15 hari dari pembelian dan hantar
- Anda akan menerima Pemberitahuan Push lain dengan tajuk: Shopee x Simplysiti Mini Concert di bawah 'Promosi'
- E-Tiket akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda daftarkan.
- Cetak e-tiket dan lampirkan bersama IC/passport anda di booth kemasukan untuk diberikan kemasukan ke dewan konsert pada 14 September 2019.
- Tempat Duduk Bebas (First come first serve basis), booth akan mula dibuka jam 4.30 petang pada 14 September 2019.

Tertakluk kepada terma dan syarat :-
* TIKET TIDAK BOLEH DITUKAR 
* SEATING BEBAS (FIRST COME FIRST SERVE BASIS)
* REDEMPTION BOOTH OPENS AT 4.30PM PADA 14 SEPTEMBER
* ANDA HANYA AKAN TERIMA E-TIKET (TIADA FIZIKAL TIKET AKAN DIHANTAR KEPADA ANDA)


Hastag rasmi : #ShopeeXSimplySiti #ShopeeMY #shopeeambassador