Dunia Penuh Gosip - Siti Nurhaliza Dunia Penuh Gosip: Siti Nurhaliza - All Post
Memaparkan catatan dengan label Siti Nurhaliza. Papar semua catatan
Penyanyi no. 1 negara yang selalu dinantikan persembahan dan juga bakal mengadakan konsert pada bulan Mac tahun ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat beliau. 



Melalui laman sosial media penyanyi yang senang disapa TokTi ni membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat yang tidak dapat membeli tiket konsertnya yang bakal di adakan pada bulan Mac tahun ini.

Dalam masa sama juga Dato Seri Siti Nurhaliza memanjatkan syukur dan gembira kerana tiket konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil habis terjual. 

Siti juga mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac tahun ini habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja.



Difahamkan sebaik kaunter maya untuk konsert terbabit dibuka, pembeli berpusu-pusu membuat tempahan sehingga ada yang mengeluh tidak dapat masuk ke laman web terbabit.

Malah, luahan kekecewaan tidak berpeluang menjadi sebahagian daripada penonton di venue acara berkapasiti 15,000 orang itu diluahkan dalam ruangan komen.

Tidak kurang yang meminta Siti menambah penampilan ditunggu-tunggu ramai itu untuk satu malam lagi. Tiket bagi mengikuti konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM129 hingga RM799 di laman web klticket.

Kali terakhir itu mengadakan konsert solo adalah pada 2019 yang berkonsepkan siri jelajah di Kuala Lumpur, Indonesia dan Singapura.






Menerusi satu inisiatif yang dimulakan oleh SIMPLYSITI, Presiden dan pengasas jenama kecantikan SIMPLYSITI, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin bersama dengan Puan Sri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad hari ini berbesar hati menjemput empat kanak-kanak daripada Institut Jantung Negara yang menghidap sakit jantung bersama keluarga mereka ke Resorts World Genting untuk meluangkan masa sehari penuh keseronokkan di atas awan. Turut menyertai mereka adalah 50 orang berpengaruh dalam media sosial dan media.


Lima kanak-kanak istimewa itu ialah adik Siah Wan Ying, adik Nurul Nsyamimi Binti Ahmad Paridon, adik Auni Insyirah Binti Muhammad Firdaus Hilmi, adik Nur Auni Mardhiyah Binti Ahmad & adik Ramesh Rao. Kesemua mereka baru sahaja pulih daripada rawatan komplikasi jantung di Institut Jantung Negara. Ada dalam kalangan mereka, ia merupakan pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Resorts World Genting dan program satu hari itu dianjurkan khas buat mereka dan keluarga masing-masing.

Dekat di hati Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI ditubuhkan oleh artis kesayangan rakyat Malaysia ini dengan niat untuk mengumpul dana bagi memberi kasih sayang dan kegembiraan kepara kanak-kanak kurang bernasib baik. Sejak konsep itu digunapakai pada tahun 2011, SIMPLYSITI telah berjaya mengumpul dana sehingga RM200,000 untuk membiayai 14 pembedahan pesakit jantung kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Setelah berjaya dalam kempennya, SIMPLYSITI telah mewujudkan satu lagi dana bagi membantu lima orang pesakit jantung kanak-kanak, dengan sokongan dari Institut Jantung Negara. Dana penuh yang dibangkitkan oleh kempen ini akan diumumkan pada acara akhir pada awal Februari nanti.


“Kami bersyukur kerana empat pesakit telah pulih baru-baru ini untuk datang ke acara ini. Seorang lagi kanak-kanak masih dalam proses pemulihan dan kami berhasrat untuk membawanya pada masa akan datang. Hari ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Resorts World Genting kerana menaja tempat untuk acara ini. Ia amat bermakna buat kanak-kanak ini dan keluarga mereka kerana ada di antara mereka belum pernah ke sini. Berpeluang menjamu selera di Ed’s Diner dan bermain di SkyTropolis termasuk menonton Imaginatricks bagaikan mimpi jadi kenyataan buat mereka. Di SIMPLYSITI, seluruh jiwa kami sentiasa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik dan kami amat berbesar hati mempunyai rakan kongsi yang sentiasa menyokong kami,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Tambah Puan Sri Cecilia, ‘Resorts World Genting memiliki pelbagai yang boleh ditawarkan dan pengalaman. Kami lebih daripada gembira kerana diberi peluang ini untuk menjadi tuan rumah dan kami berharap kanak-kanak terbabit bersama keluarga mereka berpeluang merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apa yang dimulakan oleh SIMPLYSITI DI HATI adalah sesuatu yang terpuji dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato 'Sri Siti Nurhaliza bagi membantu proses pemulihan kanak-kanak terlibat.’


Seramai 100 orang tetamu menyaksikan dua persembahan di SkySymphony. Seterusnya, mereka menjamu selera di restoran Ed’s Diner dari UK di mana Puan Sri Cecilia Lim menghadiahkan paket ang pow dan beg goodie untuk pesakit jantung dan semua tetatu. Program diteruskan ke SnowWorld dan merasai pengalaman mendebarkan di SkyTropolis. Selepas selesai makan malam di Coffee Terrace, kumpulan itu merasai pengalaman penuh adrenalin di Imaginatricks yang kini merupakan salah satu pertunjukan dengan koreografi terbaik di Malaysia yang merangkumi persembahan akrobatik, tarian, dan nyanyian sebelum bersurai.

Tabung dana SIMPLYSITI yang diwujudkan baru-baru ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Watsons Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi, butik Creacion X SIMPLYSITI sebagai butik rasmi, Astro GoShop dan CJ Wow Shop selaku rakan niaga TV rasmi, Shopee selaku rakan niaga online rasmi dan Chatime selaku penaja bersama. Ia juga berjaya  kerana penglibatan para pelanggan yang membeli dan menderma. Kesemua wang yang berjaya dikumpul telah disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara.


Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPLYSITI DI HATI, Sila hubungi Zati Zainal di 017-6070670  dan layari visit www.rwgenting.com untuk maklumat mengenai Resorts World Genting.







Tahniah buat Shopee dan juga SimplySiti atas penganjuran Mini Konsert Shopee X SimplySiti baru-baru ini di Kuala Lumpur Convention Center pada tanggal 14 September 2019. Dalam konsert tu Dato Sri Siti Nurhaliza telah menyampaikan lebih dari 10 buah lagu yang menceritakan kisah perjalanan hidup dan perit jerih artis no. 1 negara ini. Lebih dari 1000 orang peminat Siti hadir memenuhi ruang dewan pada konsert tersebut. 


Tok Ti juga turut mengalirkan air mata pada mula persembahan sewaktu menyampaikan lagu Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih. Mengenangkan kisah semasa zaman persekolahan dan membuat persembahan demi mengejar minat beliau dalam dunia nyanyian ini. 


Kebanyakkan lagu yang disampaikan dalam mini konsert tersebut adalah lagu yang tidak pernah beliau persembahkan dimana-mana konsert beliau sebelum ini. Antara lagu yang dinyanyikan seperti  Ku Mahu, Pendirian Ku, Satu Cinta Dua Jiwa, Warna Dunia dan Ku Menunggu


Ada juga lagu popular yang menjadi siulan ramai turut disampaikan lagi pada malam tersebut seperti Biarlah Rahsia. Juga lagu terbaru beliau Anta Permana dalam version baru dengan arrangement lagu Senorita. Sangat menarik dan juga segar didengar pada malam terebut. Akhir sekali Dato Sri Siti menutup persembahan dengan lagu OST filem Dendam Pontianak iaitu Kasihku Selamanya.



Pada malam konsert juga penonton dihiburkan dan turut terlibat dengan pelbagai aktiviti permainan yang memberikan hadiah kepada penonton. Juga konsert ini disiarkan secara langsung melalui aplikasi Shopee serta penonton boleh menang Shopee Coin melalui goyang Shopee yang bernilai sehingga 1juta. Siti juga melancarkan buat pertama kalinya produk baru keluarkan SimplySiti iaitu BeauSiti minuman untuk kesihatan wanita.








Penyanyi kesayangan No 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru ini mengumumkan bakal mengadakan konsert di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada tanggal 18 Oktober nanti. Menerusi temubual Siti bersama sebuah portal gaya hidup luar negara, konsert Siti Nurhaliza On Tour membuka mata penganjur untuk mempelawanya mengadakan konsert sempena OzAsia Festival itu nanti.


Konsert itu dijangka akan mirip konsert Siti Nurhaliza On Tour dengan rangkaian lagu irama tradisional malar segar seperti Nirmala dan Cindai selain diselitkan instrumen muzik tradisional. Siti juga bakal membawa penari serta pemuzik sama untuk konsert di Australia nanti.

OzAsia Festival kali ke-13 tahun ini akan diadakan bermula 17 Oktober hingga 3 November dan melibatkan pelbagai persembahan teater dan artis antarabangsa. Tiket konsert sudah mula dijual kepada peminat dengan harga bermula RM224.96 hingga RM429.76 menerusi laman sesawang rasmi OzAsia Festival mulai hari ini.

Ramai peminat telah mula membeli tiket konsert termasuk dengan tiket penerbangan dan juga penginapan bagi memberi sokongan kepada artis kesayangan negara ini. Ramai dah mula update status dan juga perkongsian teruja melihat bintang negera ini beraksi di peringkat antarabangsa. Semoga berjaya dan terus maju jaya buat Dato Seri Siti Nurhaliza.

Maklumat lanjut boleh layari https://www.ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/.







Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, hari ini. Siti selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.


Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Rozi juga berkata hanya keluarga terdekat dan sedara mara sahaja dibenarkan untuk melawat beliau buat masa ini. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. Selamat menjalani tempoh berpantang.





Sambut hari ibu bersama ibu tercinta dan artis kesayangan semua sapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Pad 15 Mei 2015 jam 8.00mlm bertempat di Kristal Hall TM Convention Center KL. Boleh dapatkan tiket khas anda untuk hari ibu dengan pembelian online di www.redtix.airasia.com dengan harga yang cukup bebaloi.











Dalam diam rupanya artis kesayangan seluruh rakyat Malaysia ini telah pun berada dalam dunia seni hiburan selama 20 tahun. Genap 1 April ini maka dua dekat Dato Siti Nurhaliza menjadi penghibur kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga peminat di seantero Asia. Namun artis No 1 negara ini tidak pernah jemu untuk berkarya dan juga menghiburkan semua peminat. Kini bakal muncul dengan sebuah konsert unplugged khas beliau.


Konsert hanya di adakan satu malam sahaja dan cukup special di beri ruang oleh Istana Budaya sendiri untuk menjayakan konsert ini. Bagi peminat anda boleh dapatkan tiket konsert mulai sekarang kerana cukup terhad boleh beli online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM78, RM108, RM218, RM28, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Harga ini tidak termasuk caj tiket dan GST.










Raya yg lepas Melodi telah menganjurkan anugerah buat pertama kali dalam sebuah program tv. Melodi sebuah program gosip artis tempatan yg mendapat hati peminat industri hiburan tanah air. Mencalonkan barisan artis yg hebat2 dalam anugerah ini menggabungkan artis baru dan lama. Senarai pemenang juga telah di ketahui dalam program tv Melodi Raya baru2 ini.


Senarai pemenang bagi setiap kategori yg di pilih oleh penonton dan peminat program tv tersebut.

1) Artis Dinamik 
Zizan Razak
 
2) Pasangan Pujaan
Awal Ashaari & Scha Alyahya
 
3) Artis Wanita Pilihan
Dato Siti Nurhaliza
 
4) Artis Lelaki Pilihan
Remy Ishak

5) Artis Sensasi
Adi Putra

6) Anugerah Khas Melodi 
Fauziah Ahmad Daud
 
Tahniah kepada barisan pemenang dan pasti kembali menerima anugerah adalah artis yg selalu nama tercalon dan pasti menang anugerah iaitu Dato Siti Nurhaliza. Menurut kata beliau "Anugerah ini adalah tanda kepercayaan mereka terhadap bakat Siti dan terima kasih sekali lagi kerana tidak jemu menyokong kerjaya Siti" dalam sebuah portal hiburan selepas di temuramah pada majlis Melodi Raya. Tahniah kepada semua dan moga Melodi akan terus di terima oleh peminat seni tanah air kita. 



 
 
 
 
 
 
Pasti ramai yg rasa lega sekrang apabila melihat penampilan artis no 1 negara ini dengan bertudung penuh litup. Itu adalah berkat doa semua rakan2 dan juga peminat kepada beliau sendiri. Tapi sekarang Dato Siti Nurhaliza nampak lebih ayu dan lebih menyerlah kejelitaan setelah bertudung. Insyallah ia akan terus kekal hingga Hujung Nyawa wahh mcm tajuk drama lak hehehehe.. Kat sini ada beberapa koleksi gambar beliau yg lebih manja di panggil Tok Ti selamat menatap...