Dunia Penuh Gosip - Stacy Dunia Penuh Gosip: Stacy - All Post
Memaparkan catatan dengan label Stacy. Papar semua catatan
Sejak berumah tangga awal May dulu pasangan romantik dan bahagia Akim dan Stacy seakan masih meraikan saat bahagia mereke masa bercinta. Pasangan ini dapat dilihat di laman instagram masing saling upload gambar bahagia mereka.

Baru2 ini Akim mengupload satu gambar sambutan ulangtahun kelahiran Stacy dalam instagramnya dan dalam caption itu Akim membuat pengakuan yang Stacy sudah berbadan dua lihat print screen Instagram ni.


Namun tidak dinyatakan berapa usia kandunganya dan masing begitu teruja menantikan saat bahagia ini. Akim di lihat paling gembira dengan berita itu dan beharap segalanya berjalan lancar dan sihat selalu.

Kami semua peminat mendoakan pasangan ini terus bahagia dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh. Rezeki mereka juga dilihat selepas kahwin ini makin bertambah dan murah selalu.





Sinonim bulan Februari dengan bulan kasih sayang atau orang barat panggil Valentine month, ramai rancang untuk majlis2 yang penuh kasih sayang juga majlis perkahwinan. Begitu jugalah artis Malaysia yang memilih bukan Februari ini untuk melangsungkan majlis penuh makna mereka. Ada artis yang dah lama berkenalan dan memilih Februari 2016 untuk berkahwin dan juga tidak kurangnya Wedding Of The Year bulan ini juga.

Jom kita lihat antara beberapa pasangan selebriti yang telah merangcang perkahwinan mereka bulan Februari ini.

Akim dan Stacy Bergabung Berkahwin


Pasangan muda ini bekenalan sejak keluar program realiti Akademi Fantasia. Kisah cinta mereka telah lama dicanang namun pasangan ini pandai menyimpan segala perhubungan mereka. Ini semua diperkukuhkan lagi setelah Stacy memeluk Islam pada Oktober tahun lepas. Kemudian dikejutkan pula dengan majlis pertunangan pasangan ini pada September tahun lepas secara tertutup.

Majlis pernikahan Akim dan Stacy akan diadakan dibelah kediaman artis wanita ini di Penampang Sabah. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di kediaman keluarga Akim di Johor Baharu. Namun tarikh untuk majlis ini masih dirahsiakan oleh pasangan ini. Mereka ini telah berkenalan selama lebih 6 tahun.

Wedding Of The Year Sam dan Syatilla


Ini adalah perkahwinan selebriti paling mahal sehingga kini di Malaysia yang mana juga paling banyak mendapat tajaan sehingga 25juta. Begitulah kalau orang dah popular dan ada nama senang untuk dapat tajaan tak macam artis yang suam2 kuku nak kena minta tajaan dari orang. Namun tidak kisah akan tajaan itu pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah berkenalan lebih dari 6 tahun.

Namun tiada kisah gosip percintaan mereka tidak pernah mengaburi kejayaan Sam sebagai Bintang Paling Popular untuk 3 tahun. Majlis pernikahan mereka akan di adakan pada 8 Februari 2016 di Nibong Tebal Pulau Pinang rumah keluarga Syatilla serta majlis bersanding sebelah perempuan pada 9 Feb. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan di adakan di Hotel Mandarin Oriental pada 14 Feb ini.

Pelakon Drama Cantik Anzalna Nasir dan Hanif Zaki


Pasangan ini juga telah mula berkenalan di laman sosial sejak 10 tahun lalu. Kini keakraban mereka makin terselah dan mula memutuskan untuk lebih serius dalam perkahwinan tahun ini. Memilih bulan Februari juga untuk majlis pernikahan dan juga majlis persandingan.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negara KL pada 21 Feb. Manakala majlis resepsi sebelah wanita akan diadakan pada 27 Feb di Grand Hayatt Hotel. Bagi majlis menyambut menantu pula di sebelah lelaki pada 3 April di Dewan Perdana Felda

Semoga ke tiga-tiga pasangan sama cantik ini kekal hingga Jannah dan peminat mendoakan kebahagiaan mereka. Menerima keluarga baru dan juga tidak merahsiakan wajah anak seperti mana yang di buat banyak selebriti sekarang. Apa pun perkahwinan satu ikatan suci yang harus dijaga untuk sebuah keluarga bahagia. Selamat pengantin baru dari Mahagosip buat semua.