Dunia Penuh Gosip - Tea Party Dunia Penuh Gosip: Tea Party - All Post
Memaparkan catatan dengan label Tea Party. Papar semua catatan
Masa istimewa tahun ini kembali lagi. Inilah saat dimana seisi keluarga berkumpul sambil diterangi cahaya tanglung dan bulan, menikmati kuih bulan sambil merenung kecantikan serta keindahan malam diterangi cahaya bulan.


Festival Pertengahan Musim Luruh merupakan masa yang dinanti-nanti sepanjang tahun, dan Resorts World Genting akan menganjurkan satu majlis minum teh bertemakan “Tea Party on the Moon” dari 10 Ogos hingga 16 September 2019 bersempena festival tersebut. Ia akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti melibatkan makanan dan permainan, termasuk persembahan animasi baharu Moondance di pentas SkySymphony, SkyAvenue. Terdapat juga pelbagai jenis kuih bulan untuk dinikmati serta pertunjukan hebat di Times Square.

Kemuncaknya adalah Majlis Minum Teh itu sendiri. Dianjurkan oleh Resorts World Genting di SkyAtrium, kawasan itu menjelma menjadi alam semesta sama seperti tema yang digunakan dalam persembahan SkySymphony Moondance. Dilimpahi lampu neon berwarna-warni, majlis minum teh bertemakan “Party On The Moon” menyatukan kesemua elemen penting dalam Festival Pertengahan Musim Luruh iaitu arnab, kuih bulan dan bintang-bintang di atas satu pentas yang bercahaya terang. Cahaya lampu infiniti yang futuristik dengan sentuhan moden dihiasi dengan patung-patung arnab pula berfungsi sebagai laluan pintu masuk ke roket Moondance dan Majlis Minum Teh. Pelbagai hidangan bersempena sambutan festival tersebut turut dijual di 8 kios termasuk kuih bulan terkenal Resorts World Genting dan juga snek-snek lazat daripada Grand Imperial, Overseas, Good Chen, OUG Jade, Dragon I dan Duria. Ia merupakan tempat paling meriah untuk peristiwa yang menggembirakan dan ia adalah tempat dimana semua elemen sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh menjadi satu kawasan yang indah dan cantik.

Pasukan Genting Studios di Los Angeles dan Kuala Lumpur mengambil masa lebih empat bulan untuk menghasilkan persembahan Moondance. Ia bakal membawa para tetamu di resort ini hingga ke bulan dengan kesan visual menakjubkan dengan memperlihatkan tema klasik festival Pertengahan Musim Luruh.

Bermula di bumi, persembahan pengembaraan itu ditayangkan menerusi layar skrin LED 360 darjah setinggi empat tingkat dan disokong oleh pergerakan bebola kinetik menerusi sistem win. Dalam perjalanan penuh pengembaraan itu, Highland Hereos Genting – Tabby si Harimau, Allie si Gajah, Joe si Orang Utan, Geno si Dinosaur, Benny si Penghibur dan Callie si Naga - menaiki sebuah roket menuju ke bulan dimana mereka bertemu dengan sekumpulan Arnab Bulan. Dari awal pengembaraan dan penceritaan penuh debaran serta penemuan berjaya diadaptasi secara visual dengan penuh imiginasi.


Moondance merupakan persembahan animasi CG ketiga yang dihasilkan oleh Genting Studios selepas memperkenalkan Highland Hereos. Diarahkan oleh Guy Vasilovich dan dihasilkan oleh Daniel Regis Brown dan Steven Lim Tze Siang, Moondance turut menerima sentuhan daripada pengubah terkenal pemenang Anugerah Emmy, Gigi Meroni.

Sambutan itu tidak terhenti disitu sahaja. Suasana sambutan Pertengahan Musim luruh  bukan sekadar pada layar skrin sahaja, ia menjadi sebahagian daripada pengalaman di Genting. Si arnab yang tinggal di atas bulan seperti dalam kisah dogeng telah turun ke puncak gunung dan mereka bersedia untuk berhibur sambil menyanyi bersama para pengunjung. Persembahan si Arnab menjadi salah satu daripada acara sambutan majlis minum teh, dimana 5 ekor arnab comel dan 5 ekor arnab angkasa lepas akan muncul di Aras 2 dan 4 pusat beli-belah SkyAvenue menari penuh keriangan sebelum bertemu dengan para tetamu di SkyAtrium untuk sesi bergambar. Persembahan kemuncak pula akan diadakan di pentas Times Square. Perarakan dan Persembahan Pentas Arnab akan berlangsung 4 kali sehari (11pg, 1ptg, 4ptg dan 7mlm) pada tarikh-tarikh terpilih antara 10 Ogos hingga 16 September 2019.

Dengan kelibat arnab-arnab melompat di sekitar kawasan pusat peranginan, ia secara tidak langsung mewujudkan suasana sempurna untuk menikmati kuih bulan. Chef-chef pastri terkemuka Resorts World Genting berjaya membuktikan sekali lagi tahun ini kemampuan mereka dalam menyediakan kuih bulan kegemaran ramai dan beberapa resepi baharu. Lima perisa kuih bulan kegemaran pada 2018 iaitu Pes Teratai Telus Kuning, Pu Er Telur Kuning, Pes Teratai Putih Kurang Manis, Jed Emas Telur Kuning dan Pes Teratai Teh Hijau boleh dibeli daripada kios-kios khas dan restoran terpilih di sekitar kawasan pusat peranginan. Tiga perisa baharu turut diperkenalkan untuk tahun 2019: Pes Teratai Putih lembut dengan XO Jingsa, Jed Pandan dengan Coklat Kacang Hazel dan Pes Durian dengan Durian Premium.

Majlis minum teh Resorts World Genting bersempena sambutan Pertengahan Musim Luruh akan bermula pada 10 Ogos hingga 16 September 2019. Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603-2718 1118.