Dunia Penuh Gosip - The Masked Singer Malaysia Dunia Penuh Gosip: The Masked Singer Malaysia - All Post
Memaparkan catatan dengan label The Masked Singer Malaysia. Papar semua catatan
Akhirnya misteri siapa di sebalik topeng Bunga Matahari akhirnya terungkai. Dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy adalah selebriti di sebalik maskot tersebut.



Stacy Anam, 33 menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi. Stacy membawa pulang piala juara. Manakala pelawak Namie yang mengenakan maskot Mat Helang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. 



Tempat ketiga pula adalah pemakai kostum Sang Kancil iaitu Daniel Zaini juga pelawak. Di tempat keempat milik peserta Ceria Popstar iaitu Adinda memakai kostum Biskut Aisktim dan tempat kelima adalah Nabila Razali yang memakai kostum Teratai



The Masked Singer Malaysia musim ke 4 mencipta sejarah tersendiri kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tengga yang menyiarkannya secara langsung untuk 10 minggu. Juga menjadi negara kedua di dunia yang menyiarkan program ini secara langsung.



Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan ditayangkan secara langsung di Astro Ria dan Astro On The Go. Tahniah kepada pemenang dan juga peserta minggu akhir.








Akhirnya teka-teki pemilik suara di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia musim ke 3 terjawab sepenuhnya malam ini. Pemilik suara disebalik topeng Betta Fish dipilih sebagai juara dan pemilik topeng itu adalah penyanyi Aida Jebat.



Pada konsert akhir program tersebut, Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Titanium untuk nyanyia solo dan Salam Terakhir duet bersama Marsha Milan.

Kemenangan tersebut juga sekali gus meletakkan Nyok Muda di tempat kedua. Pemilik topeng ini adalah juga seorang penyanyi siapa lagi kalau bukan Syamel

Sementara itu, penyanyi yang kini menempah nama di Malaysia dan juga juara Big Stage Musim Kedua, Han Byul memakai kostum Pizza Panas diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Brokoli, iaitu seorang penyanyi terkenal Hael Husaini.

Selain itu, lebih menarik apabila kesemua peserta pada malam tersebut diteka dengan betul oleh semua juri. Pada konsert akhir program tersebut, seramai 5 peserta yang membuat persembahan iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli serta dua lagi peserta iaitu Dewi Angsa dan Pizza Panas adalah pemilik Heal Husaini.

Terdahulu, sebanyak 9 peserta yang telah tersingkir dan didedahkan identitinya pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis). Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).








Sebelum ini penyanyi popular dengan lagu Memori Tercipta telah mendapat gelaran Juara Lagu dalam malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 36 menerusi lagu Pelukkan Angkasa featuring dengan SOG. Kini kemenangan berganda kepada penyanyi ini apabila dinobatkan pula sebagai juara program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua yang bersiaran pada malam Jumaat 31 April lepas. 



Shila yang memperkenakan kostum Rambutan membuat persembahan pada malam akhir dengan dua buah lagu pilihan iaitu Bujang Senang dan Hurt. Berjaya menambat barisan sembilan juri tetap pada malam itu dan mendapat markah paling tinggi. Shila menerima trofi berona emas yang berjaya dibawa pulang pada malam akhir tersebut.

Sementara itu pula ditempat kedua milik juara program Akademi Fantasia 2016 iaitu Amir Masdi yang memperkenakan kostum Seladang. Manakala penyanyi bersuara lunak pulak Liza Hanim yang memakai kostum Orkid hanya berjaya ditempat ketiga pada malam akhir.



Pelakon Hana Delisa yang memakai kostum Burung Hantu berada di tempat keempat dan juga Ara Johari yang memakai kostum Ratu Semut berada ditempat kelima. 

Seramai 14 orang peserta yang bertarung sepanjang 10 minggu pertandingan ini dirakamkan dan setiap minggu seorang peserta disingkirkan dan didedahkan identiti mereka. Ia adalah sebuah program yang diadaptasi daripada Korea dan begitu popular dibeberapa buah negara seperti Amerika Syarika, Thailand, China dan banyak lagi.