Dunia Penuh Gosip - TikTok Malaysia Dunia Penuh Gosip: TikTok Malaysia - All Post
Memaparkan catatan dengan label TikTok Malaysia. Papar semua catatan
Siapa yang sentiasa mengikuti perjalanan Farhan Mustapha sebelum ini pasti akan kenal dengan sosok insan yang tiada mengenal erti mengalah. Selepas hampir 12 tahun berjuang dan tidak berputus asa untuk bergelar penyanyi, Farhan berjaya dinobatkan sebagai juara The Grand Champion bagi program realiti nyanyian Gimme The Mic Malaysia 2024 pada malam Ahad lalu.



Menurut Farhan yang bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program Gimme The Mic Malaysia dia telah menyertai pelbagai program realiti televisyen seperti Bintang RTM 2012 dan 2016, Akademi Fantasia 2015, dan Mentor Milenia 2017.

Farhan berjaya membawa pulang hadiah hampir RM30,000 iaitu wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.

Konsep dalam program ini The Grand Six akan bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia. Selain Farhan Mustapha mereka yang berada dalam Grand Six juga adalah Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff.



Tahniah kepada The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia Farhan dan juga kepada barisan lima lagi peserta yang akan mewakili negara. Moga berjaya di peringkat lebih tinggi dan mengharumkan nama negara.






Anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 kembali untuk tahun kedua yang bersiaran di TV3 selaku penyiar rasmi dan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC). Anugerah kali ini diacara oleh dua pengacara Janna Nick dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Namun kelihatan sangat tidak serasi buat dua pengacara ini dan banyak kesilapan yang dilakukan dan ada masa nampak sangat kelam kabut depan kaca TV.



Namun abaikan dua pengacara itu yang menarik perhatian kali ini adalah untuk Creator Of The Year 2024 masih memilih content memasak untuk dinobatkan. Adakah kerana Khairul Aming sebagai salah seorang juri. Nampaknya kempunan lagilah Rayan Bakery dan Sofyank untuk menang tahun ini. Tak apa tunggu lagi tahun depan yer. Apa pun pemenang telah diumukan dan anugerah telah disampaikan kita layankan sahaja.



Berikut adalah senarai penuh para pemenang bagi kategori Pilihan Juri (Judge Pick), Pilihan Popular (People’s Choice) dan anugerah Changemaker Of The Year bagi TikTok Awards Malaysia 2024.

Anugerah Pilihan Juri
1) Creator of the Year – @chesayang_kitchen
2) Celebrity of the Year – @bellaastillah_94
3) Video of the Year – @agy.official
4) TikTok LIVE Creator of the Year – @acaps19
5) TikTok Shop Creator of the Year – @yang (Pinnyang)
6) Changermaker of the Year – @braderwheelchair & @lokopunohgroup



Anugerah Pilihan Peminat
1) Entertainment Creator of the Year - @kanafly
2) Animation Creator of the Year - @yimotapir
3) Gaming Creator of the Year - @kingshahx
4) Education Creator of the Year - @aminxabid 
5) Food Creator of the Year - @tang_guo12
6) Sports Creator of the Year - @amaranas
7) Beauty & Fashion Creator of the Year - @aishahrahim07








Buat pertama kali dianjurkan di Malaysia, TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah dan juga jayanya pada tanggal 27 August 2023. Meraikan Content Creator yang kreatif, inovatif dalam menghasilkan pelbagai pengisian yang berilmiah, hiburan dan juga aktiviti harian. Majlis anugerah ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini.



Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas.



Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.



Terdahulu, TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen iaitu Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof, artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.



TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.



Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:-

People’s Choice Awards:
Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish






TikTok Awards' People's Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama-nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini.



Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan dibuat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta ‘luar biasa’ sehingga menjadikan TikTok sebagai medium penyebaran maklumat yang positif serta bermanfaat kepada masyarakat.

Anugerah TikTok ini adalah acara tahunan terbesar yang kita anjurkan untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia yang telah memberi impak besar dengan cerita dan bakat mereka yang kreatif, memberi inspirasi serta pendidikan. Bagi menjayakan anugerah ini, orang ramai boleh menunjukkan sokongan dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka di TikTok bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan.

Pengguna TikTok yang menetap di Malaysia juga boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar kami dengan menyerahkan penyertaan anugerah mereka untuk kategori Judge's Pick. Mereka hanya perlu berkongsi kisah inspirasi sendiri di TikTok dari 30 Julai hingga 14 Ogos 2023 dengan hashtag #RoadtoTikTokAwardsMY untuk dikira sebagai penyertaan. Peserta juga akan bertanding untuk memenangi Telefon Pintar HONOR 90 (12 512GB). Maklumat lanjut tentang kempen #RoadtoTikTokAwardsMY boleh didapati di https://vt.tiktok.com/ZSL9kB5fo/.

TikTok Malaysia juga akan mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 15 Ogos depan untuk mengumumkan calon bagi kategori Judge's Pick serta barisan penghibur, pengacara dan hakim untuk anugerah berkenaan. Hari kemuncak TikTok Awards' People's Choice akan berlangsung pada 27 Ogos depan.

TikTok Awards' People's Choice akan menampilkan pelbagai kategori, dan calon nama besar seperti  :-



1) Creator Of The Year
- @khairulaming
- @bossjames_oe
- @lawyergandhi
- @auntiepurple248
- @sallywhoo 
- @ceddyornot 

2) Rising Star of The Year
- @gastonpong
- @ikhmaln0ur
- @penceritatv
- @zarul.hafiz
- @chefdaveveganjourney
- @yuki_dance

3) Popular Creator of the Year
- @drbengee 
- @alexhkf
- @sofyank96
- @ryanbakery
- @gigicheoh
- @itsjovynn

4) Celebrity of The Year
- @aerilzafrel8
- @jannanickofficial
- @dollaofficial
- @sitinordiana84
- @hairul_azreen88
- @zizanrazak869

5) Popular Animation Account of The Year
- @yimotapir
- @upinipin.official
- @boboiboy
- @officialejenali
- @papapipi
- @official_didiandfriends

6) LIVE Creator Of The Year
- @garyislit_
- @quehaidar
- @hafizalonggs
- @wafiy_aan
- @tigerlabu
- @ervan818

7) TikTok Shop Creator of the Year
- @anaszahrin
- @tangsiewsiang
- @vicky.littlewolf
- @dapur_mahir
- @watermummy_oe
- @dearcarynn