Dunia Penuh Gosip - Train To Busan Dunia Penuh Gosip: Train To Busan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Train To Busan. Papar semua catatan
Resorts World Genting menganjurkan pesta musim perayaan terhebat bermula dari 28 November 2019 hingga 1 Januari 2020. Bertemakan ‘It’s All Happening at Genting Winter Wonerland’ kawasan resort akan “bernyawa” dengan cahaya yang akan menyinari para pengunjung dengan kemeriahan Hari Krismas, hiasan serta acara menarik.


Suasana penuh keriangan ini dapat dinikmati sama ada ditemani cahaya bintang-bintang dan cuaca sejuk dingin ataupun di bahagian dalam resort. Bagi merasai satu pengalaman komprehensif Winter Wonderland Genting, hanya perlu mengikuti jejak Pejalan Kaki GohTong yang terletak di 11 lokasi iaitu di SkyAtrium dalam SkyAvenue, Hill Top Grocer, Arena of Stars, Taman Metro, Metro City, Park Avenue Lounge, Zouk Atrium, Pavilion, GohTong Jaya Baru, SkySymphony dan Medan Selera. Peta dan jadual program disediakan.

SkyAtrium, SkyAvenue
‘A Nutcracker Wonderland’ bersedia untuk memukau para penonton di SkyAtrium. Di sini terdapat sebuah kerusi besar menanti kedatangan Santa Claus. Datanglah untuk bergambar dengan Sanya dan menyanyi lagu karol Krismas bersama-sama Akademi Broadway pada masa berikut:
Koir: 2ptg, 4:30ptg, 5:40ptg
Santa  & Elf & Koir: 5:40ptg
String & Brass: 12:30tgh, 3ptg


Hill Top Walk Krismas Wonderland Bazaar
Kawasan Pejalan Kaki Hill Top telah bertukar menjadi Bazar Alam Ajaib Musim Sejuk Krismas yang diilhamkan daripada White Christmas, Charles Dicken. Beli kelengkapan Krismas anda di sini.
Masa : 10:00pg-10:00mlm


SkySymphony, pentas Time Square
Pentas SkySymphony menampilkan karusel berputar, dipenuhi dengan hadiah-hadiah berwarna emas dan patung-patung Nutcracker yang ceria. Snowball Express oleh Genting Studios akan membawa penonton menggembara ke Kutub Utara bersama-sama hero-hero Genting Highland diiringi muzik daripada filem The Nutcracker. 1001 bebola winch akan bergerak selari dengan penceritaan, berubah menjadi pelbagai bentuk untuk memukau para penonton. Pokok Krismas setinggi 3 tingkat akan muncul pada penghujung cerita diikuti persembahan tarian pop-up.
Time : 10:00pg, 12:00tgh, 2:00ptg, 4:00ptg, 6:00ptg, 8:00mlm, 10:00mlm dan 12:00 tgh mlm


Perarakan SkyAvenue
Perarakan yang bermula dari SkySymphony yang dikenali sebagai Perarakan Snowball Express menampilkan 6 watak Wira Genting Highland  dan 6 penari berkostum. Perarakan bermula di SkySymphony
Masa: 3:10ptg
Tarikh: Sehingga 29 Disember


Laman Allie, Aras Bawah, SkyAvenue
Laman Allie menjanjikan sebuah taman permainaan yang menyeronokkan dengan pelbagai jenis permainan. Ia termasuk melakukan gaya gila-gila di kios Be A Pin Up, mengumpul patung mainan lembut di Mesin Tabby Giant Claw, menangkap batang kayu dalam Be Fast & Be Sharp Like Callie dan mengelak gegaran dalam cabaran Geno Shake Shake No More. Karnival Permainan Krismas Laman Allie akan dibuka kepada pengunjung yang membeli Tiket Kombo Penjimatan Taman Tema atau menjamu selera di Ed’s Diner atau Medan Selera. Wira-wira Genting Highland turut akan berada di sini untuk bertemu dan beramah mesra setiap hari.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm setiap hari


Taman Metro
Bertempat di bahagian luar Taman Metro dua acara diadakan setiap petang iaitu pada pukul 7:30mlm untuk persembahan Cahaya Krismas dan 10mlm pertunjukan Krismas. Persembahan Krismas dimulakan dengan kemunculan Brian Zimmerman sebagai Santa Claus, Elf, rusa kutub, peluncur ais, Kumpulan Koir Broadway, The Voice of Independent Brass Ensemble & Strings dan Kuartet Krismas dari New York.


Pokok Krismas setinggi tiga tingkat berdiri megah bersebelahan Taman Gazebo. Terdapat juga bir dan kios menjual juadah perayaan. Jika ingin bergambar, terdapat sebuah bas bertingkat London yang dibalut seperti hadiah diparkir bersebelahan Pasar Krismas Eropah.

Meluncur Ais di Taman Metro 
Para pengujung boleh meluncur dan meniru gaya seperti juara luncur ais Rusia apabila gelanggang ais dibuka kepada awam dua kali sehari pada pukul 5:30ptg dan 8:30mlm. Bayaran masuk sebanyak RM30 untuk hari bekerja dan RM35 pada hujung minggu serta RM50 pada hari sebelum cuti umum dan cuti umum. Harga termasuk sarung kaki dan tangan.


Filem & Pertunjukan Air
Filem popular Krismas seperti How the Grinch Stole Christmas akan ditayangkan termasuk pertunjukan Air khas Power of Love dan I Believe sepanjang bulan. Perlawanan Liga Perdana secara langsung turut akan ditayangkan pada skrin besar setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Makanan yang Berlambak di Taman Gazebo
Beramah sambil menikmati makanan lazat daripada 10 trak makanan. Terdapat II Lago, ikan dan kentang goreng panas daripada Harry Ramsden, Taman Krismas dan kios menjual juadah perayaan. Bas bertingkat London dibalut seperti hadiah turut ada di sini.


Tahun Baru Countdown
Menyaksikan bunga api spektakular pada tengah malam 31 Disember di Taman Metro, Star Lake atau Highline.
Masa Operasi Taman Metro
12tgh - 11mlm: Isnin hingga Khamis
12tgh – 12tgh mlm: Jumaat hingga Ahad
24/12: 12tgh - 12 tgh mlm
31/12: 12tgh - 1pg


Rumah Seram Train to Busan
Peminat tegar filem yang memenangi anugerah ini kini boleh merasai pengalaman yang menakutkan di Rumah Seram Train to Busan. Terdapat juga permainan adrenalin VR 360 untuk bertarung dengan musuh. Terdapat juga Retail Street, tempat yang menyediakan mi Korea, kimchi dan minuman.
Rumah Seram & Permainan VR 360: 12:00tgh – 10:00mlm
Retail Street: 10:00pg – 10:00mlm

Jualan Akhir Tahun Genting 2019
Jualan Akhir Tahun Genting 2019 akan berlangsung di pusat beli-belah SkyAvenue dan Genting Highlands Premium Outlet bulan Disember ini. Terdapat tawaran kilat sehingga 70% untuk Taman Tema Tertutup Skytropolis.
Masa: 10:00pg – 10:00mlm
Tarikh: 12hb eksklusif untuk ahli/13-15 Disember dibuka kepada umum


Taman Tema Tertutup Skytropolis
Nikmati 16 permainan di Skytropolis. Beli pas tanpa had pada harga RM60 untuk 1 Hari atau RM78 untuk 2 Hari. Terdapat juga pakej kombo dengan aktiviti lain seperti di Snow World, Big Top, Senikome Peng Heng (seni dan budaya) dan The Void. Pengalaman hiper realiti pertama di Asia, The Void ketika ini menayangkan Avengers: Damage Control (masa terhad sahaja), Star Wars: Secrets of the Empire, Ralph Breaks VR dan Nicodemus. Akan dibuka pada Disember ini adalah SkyVR, satu lagi pengalaman adrenalin VR baharu.
Masa : 10:00pg – 10:00mlm

Sambutan Hari Krismas di Resorts World Genting akan bermula pada 28 November 2019. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut dengan pelbagai acara hiburan hebat yang telah disediakan untuk sepanjang musim. Untuk maklumat lanjut sila layari visit www.rwgenting.com atau hubungi +603 6101 1118.






Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting akan membuka pintunya kepada semua peminat filem tersebut dan juga kepada kaki genre seram di Malaysia dan rantau ini. Pertama seumpamanya di dunia, Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Oktober 2019, dengan menghidupkan kembali filem blokbuster terkenal Korea menjadi satu pengalaman unik dan mendebarkan. Ia dibawakan khas untuk anda oleh Resorts World Genting dan syarikat tambang murah AirAsia.


 “Ini bukannya kali pertama acara hebat sempena Halloween yang kami cipta di Resorts World Genting, tetapi saya percaya ia adalah yang terbaik,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting. “Sebagai peneraju dalam bidang hiburan keluarga di Malaysia dan rantau ini, kami sentiasa berusaha lebih untuk memenuhi kehendak pelanggan. Oleh sebab itu kami memilih Train To Busan, memandangkan ia sudahpun dikenali dan kerana itu juga kami memillih untuk bekerjasama dengan Vividthree yang merupakan peneraju utama dalam bidang menghidupkan kembali filem-filem blokbuster. Kami amat-amat berterima kasih kerana Vividthree tanpa lengah bersetuju untuk projek ini untuk menghasilkan Rumah Seram hebat ini.

Kerjasama dengan Vividthree, sebuah syarikat produksi kandungan digital dari Singapura, Rumah Seram Train To Busan adalah hasil terbaik yang boleh dicapai dalam pengunaan teknologi di lokasi. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Vividthree seperti penglibatan dalam filem trilogi pecah panggung  Ah Boys To Men dan filem animasi Hollywood Robotropolis – syarikat itu berjaya mencipta satu pengalaman seram menarik yang dianggap sebagai salah satu karya hebatnya. Bagaimana ia dibuat? Pasukan produksi daripada Vividthree membawa kami di sebalik tabir dan tunjuk pembikinan Rumah Seram hebat ini.

Di Sebalik Tabir

Bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan, Rumah Seram menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya dan seseorang itu perlu merasai sendiri perasaan takut itu untuk percaya. Rumah Seram dicipta dengan teliti supaya ia memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar dan memiliki plot tambahannya sendiri.

Bermula dengan menonton filem tersebut – filem yang berjaya mengutip kutipan kasar tertinggi di Korea Selatan – berulang-ulang kali, pasukan Vividthree mengenal pasti bahagian dan adegan yang difikirkan sesuai untuk digunakan dan diterjemah ke dalam pengalaman fizikal. Menurut Vividthree, ia adalah satu cabaran besar buat pasukan itu untuk mengekalkan keaslian karakter dan dalam masa sama membuka peluang kepada kemungkinan baru.

 “Kami tanya pada diri sendiri: apa yang kami akan lakukan sekiranya kami adalah salah seorang daripada mereka (orang Korea) yang terperangkap dalam malapetaka zombie? Apa akan berlaku sekiranya kami memilih adegan yang berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh watak-watak dalam filem tersebut,” kata Jed Mok, Ketua Pegawai Eksekutif  Vividthree. Ia amat menyeronokkan untuk mencari semula idea dan lihat apa yang boleh dilakukan serta bagaimana kami boleh menambah baik. Tetapi, ia juga merupakan satu cabaran besar ketika bekerja dengan pemilik IP yang berjaya seperti Train To Busan kerana mereka mempunyai begitu ramai peminat di seluruh dunia yang menyukai filem itu.

Pasukan itu berjaya siapkan tetapan Rumah Seram dalam tempoh 48 jam selepas babak akhir filem itu dengan bertanyakan beberapa soalan: apa lagi yang berlaku di Seoul, Daejeong dan Busan, serta apa akan berlaku kepada mangsa yang masih hidup? Dengan menggunakan petunjuk yang ditinggalkan oleh pengarah filem itu, lebih daripada konsep diperhalusi untuk dijadikan produk akhir, dan dihidupkan kembali menerusi gabungan pelakon hidup, teknologi digital, video baharu dan kesan bunyi. Menerusi perbincangan dengan Content Panda, filem tersebut secara dilebarkan dramatik: dimana peminat filem berkenaan akan merasai pengalaman yang sama seperti filem asal Train to Busan, serta masih mampu menawarkan rasa takut buat mereka yang tidak biasa dengan filem itu. 

 “Rumah Seram Train to Busan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan setiap satu mempunyai keunikan tersendiri yang diilhamkan daripada filem itu,” jelas Roger. “Apabila pengunjung masuk untuk mengalaminya, mereka akan dibawa ke kawasan sibuk di Seoul yang diterangi cahaya lampu neon, serta turut menempatkan makanan penjaja terbaik di Korea. Selepas membeli tiket kereta api, mereka kemudian akan masuk ke kawasan stesen kereta api yang sudah musnah,  yang terletak di aras dua stesen menghempap para penumpang dan juga terdapat zombie kelaparan di bawah runtuhan. Para penumpang kemudian perlu berjalan melalui dua kawasan Rumah Seram. Yang pertama terdiri daripada kedai-kedai runcit Stesen Kereta Api Daejeong yang musnah, dan yang kedua di dalam kereta api yang telah ditinggalkan. Tetapi berwaspada, anda tidak keseorangan! Selepas kawasan Rumah Seram, penumpang kemudian boleh menuju ke kawasan Kem Utama untuk bertarung sama ada sebagai mangsa yang selamat atau zombie. Setiap zon menawarkan tahap keseronokkan dan takut yang berbeza, dan setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Mencipta Rumah Seram

Rumah Seram akan diseramkan lagi dengan barisan 50 pelakon dan pekerja , yang akan dipilih mengikut saiz fizikal dan kemahiran berlakon. Bekerja mengikut syif, para pelakon – kesemuanya rakyat tempatan – akan memainkan peranan sebagai zombie dan mangsa yang terselamat dalam menghidupkan jalan cerita yang dibuat oleh  Vividthree. Perhatian kepada butiran kepada para pelakon dan kostum adalah besar. Diketuai oleh seorang artis tempatan yang memenangi anugerah, proses solekan untuk seorang pelakon mengambil masa sehingga 2 jam, manakala pakaian yang dikenakan ditata khas untuk dikenali oleh peminat filem tersebut.

Persiapan Rumah Seram Train to Busan mengambil masa beberapa bulan untuk siap. Ia merangkumi persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal yang membuatkan ia kembali hidup. Setiap aspek pengalaman hadir dengan cabarannya sendiri, dan pasukan di Vividthree amat berhati-hati dalam memastikan suasananya sama seperti dalam filem dengan menggunakan kesan bunyi audio dan aset video untuk meningkatkan lagi realisme. Cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008 dan babak pertarungan akhir filem Bruce Lee, Enter the Dragon yang membentuk sebuah bilik penuh dengan permukaan reflektif yang mengelirukan dan boneka pakaian menyeramkan. Permainan menembak VR zombie – terdapat di kawasan kem utama – menjadi lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut.

 “Saya amat kagum dengan perincian dan butiran yang diberikan kepada Rumah Seram Train to Busan. Ini adalah hasilnya apabila Resorts World Genting berkerjasama dengan pemain industri yang terbaik dan terhebat,” kata Roger Ong. “Ia satu perjalanan yang cukup menarik, melihat bagaimana pengalaman ini berkembang hanya daripada satu konsep menjadi gambaran cerita sehinggalah ke Rumah Seram sebenar. Kami amat gembira untuk membuka pintu dan menjemput anda menjadi sebahagian daripada filem ini. Rumah Seram Train to Busan memenuhi semua kriteria yang kami ingin capai di Resorts World Genting – ia unik, ia canggih, dan ia mempamerkan bagiamana kami menggunakan teknologi realiti maya untuk mencapai yang terbaik dalam bidang hiburan. Kami juga melihat ia satu peluang untuk mempromosi Korea Selatan itu sendiri, dan bekerjasama dengan jenama untuk membawa nilai sejati Seoul dalam pengalaman itu. Saya percaya kami berjaya mencapai matlamat untuk membuatkan para pengunjung rasa takut. Dan saya berjanji bahawa ia hanya satu permulaan yang hebat kerana kami berhasrat untuk mencipta lebih banyak pengalaman pada tahun-tahun mendatang.

Rumah Seram Train To Busan akan menerima penumpang bermula 31 Oktober 2019 hingga 1 Januari 2020. Dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad antara 1 November hingga 1 Disember 2019 dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Kawasan Streets of Seoul pula akan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada tempoh yang sama.  Tiket Rumah Seram berharga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.