Dunia Penuh Gosip - Twitter Artis Dunia Penuh Gosip: Twitter Artis - All Post
Memaparkan catatan dengan label Twitter Artis. Papar semua catatan
Alhamdulillah bila dpt dgr berita sebegini rupa setelah seluruh rakyat Malaysia berduka dan bersimpati dengan nasib mereka yg berada di negeri di landa banjir. Dalam laman facebook rasmi Majlis Perbandanan Putrajaya mengeluarkan kenyataan hasil persetujuan bersama penganjur AmBank Malaysia. Ini melambangkan kita rakya Malaysia adalah rakyat yg cukup prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain.


Artis turut bersimpati dengan mangsa banjir

Kalau di lihat juga golongan berpengaruh seperti barisan artis2 Malaysia juga menggunakan kesempatan ini untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan menghadapi banjir. Keadaan makin teruk ini mengajak beberapa org artis berkongsi penderitaan dan menyeru rakyat Malaysia membantu mangsa banjir.


Antara artis yg lantang bersuara untuk memohon bantuan adalah seperti Dato Aznil Haji Nawawi dalam twitter beliau. Dato Aznil menyeru untuk semua rakyat bersatu dalam mengurangkan beban mereka yg di landa banjir. 


Begitu juga Aaron Aziz walaupun bukan rakyat Malaysia tapi keperihatinan beliau sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir. Aaron Aziz dengan peminat telah menubuhkan tabung untuk mengutip derma membantu mangsa banjir dalam laman Instagramnya.



Tidak kurang Awaal Ashaari dalam laman facebook menggesa semua rakyat menghulur bantuan kepada mengsa banjir. Keperihatinan itu juga di nyatakan oleh pelakon yg berasal dari negeri Terangganu iaitu Emma Maembong dalam laman Instagram mendoakan kesejahteraan penduduk yg di landa banjir.








Isu sebergini sepatutnya dah tak ada kat negara yg maju, tapi mungkin ada sesetengah pihak yg mengeruhkan keadaan yg ada. Tapi apa pun kita sebagai rakyat Malaysia jgn cepat menghukum atau mengambil tindakan yg tidak sepatutnya. Tapi tindakan company ini agak keterlaluan kalau betul namun ia terjadi kepada anak seorang artis ini dan bila di post kat twitter makin tersebar meluas.


Tak tahu lak kalau sebelum ini pernah berlaku tapi sebab tak di sebarkan di laman social atau mungkin yg kena tu bukan anak artis popular kat Malaysia. Jadi tak jadi isu lah kot. Apa pun tindakan Datuk Rosyam Nor memuat turun status di twitter pada 18 Disember 2014 berbunyi seakan kecewa dengan tindakan sebuah company barang mainan ini. Perkara itu pula berlakau kepada anak perempuannya sendiri. 

Status artis yg pernah menang Anugerah Bintang Paling Popular ini berbunyi begini..

"Sedih, hari ini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai H*****'s!!! Kurang Ajar"


Manakal dalam tweet kedua pula berbunyi bergini. 

"Kedai tu kat One Utama. ingat nama H*****'s jgn masuk k"


Kemudian tgk status kat FB syarikat tersebut juga telah update tentang rungutan ini. Mereka meminta semua org untuk bersabar tentang perkara sebergini dan memberi peluang kepada company ini untuk menyiasat isu ini lebih detail. Tapi biasalah bila dah tersebat kat laman sosial baru nak ambil tindakan, masa buat tak fikir.


Apa pun kita terus besabar dan terus pertahankan kekuatan kita semoga tiada lagi perkara sebergini menjadi duri dalam kehidupan kita rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama. Kita bukan nak cari salah sapa2 tapi kalau betul perkara ini berlaku kita kena betulkan jgn sampai ia merosakkan keamanan yg kita kecapi sekarang. Kita tunggu tindakan syarikat tersebut dan apa yg akan mereka lakukan atas rungutan ini.