Dunia Penuh Gosip - Usahawan Dunia Penuh Gosip: Usahawan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Usahawan. Papar semua catatan
Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, bertekad menggalakkan pembangunan usahawan belia di Malaysia dengan menganjurkan Program Keusahawanan sulungnya bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebagai sebahagian daripada inisiatif perintis untuk mendidik golongan muda Malaysia tentang pelbagai peluang ekonomi dalam bidang kesihatan dan pemakanan.



Kerjasama antara Herbalife dan UiTM dijalin berteraskan wawasan yang dikongsi bersama: melengkapkan golongan belia dengan pendidikan menyeluruh yang menyokong perkembangan kerjaya dan memperkayakan kesihatan. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang serba boleh, dan inisiatif ini menekankan misi tersebut, berbekalkan sokongan daripada Akademi Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan Malaysia UiTM.



Program keusahawanan tersebut, yang dilancarkan baru-baru ini di kampus UiTM Shah Alam membabitkan latihan kemahiran keusahawanan penting, selain memberikan pencerahan dan ilmu untuk membuka perniagaan berkaitan pemakanan, sambil disokong oleh reputasi global Herbalife dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan. Bimbingan bermakna daripada tenaga pengedar Herbalife melibatkan sesi bimbingan peribadi, interaksi berkumpulan dan latihan dunia sebenar, akan memastikan setiap pelajar mendapat manfaat daripada pengalaman terkumpul dan tunjuk ajar individu. 

Program perintis ini disertai sejumlah 80 pelajar siswazah, dengan matlamat masa depan untuk meluaskannya kepada kesemua 34 kampus UiTM di seluruh negara. 



Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Kami sukacita untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan UiTM menerusi inisiatif terbaharu ini, mencerminkan usaha Herbalife untuk membantu pelajar memanfaatkan peluang ekonomi menerusi tunjuk ajar, latihan, bimbingan dan ilmu keusahawanan. Memandangkan trend yang semakin meningkat ke arah keusahawanan dalam kalangan Gen Z dan golongan milenial seperti yang dilihat daripada Tinjau Selidik Usahawan Muda Asia Pasifik 2021, di samping peningkatan kadar obesiti Malaysia dan minat dalam penuaan sihat, program ini bertujuan membantu merapatkan jurang maklumat, dan dalam pada itu memberikan alat dan ilmu keusahawanan kepada anak-anak muda sambil membentuk ketetapan minda keusahawanan yang diperlukan untuk membina perniagaan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan." 



Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, menambah, "Kami sentiasa berusaha menambah baik pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar yang membawa perubahan bermanfaat bersama industri. Program usaha sama dengan Herbalife ini menyediakan gabungan unik kepakaran keusahawanan praktikal, sambil menekankan kepentingan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan yang sering kali diabaikan."



Ts. Dr Nik Roselina Nik Roseley, Pengarah Pusat Keusahawanan Pelajar, Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM Shah Alam, mengulas, "Kerjasama dengan Herbalife adalah satu pendekatan berpandangan jauh kepada pembangunan pelajar, dengan menggabungkan keusahawanan dan gaya hidup sihat. Ini merupakan langkah strategik yang bakal melengkapkan pelajar dengan dua kemahiran iaitu ilmu perniagaan dan kesejahteraan diri untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran pada masa depan."



Nurul Hanis Nisha Binti Abdul Halim, pelajar yang turut serta daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di kampus UiTM Shah Alam berkongsi pengalamannya di majlis pelancaran tersebut: "Inisiatif ini telah membuka mata kami kepada peluang yang ada di depan kita, sejajar dengan kerjaya yang bakal kami ceburi dalam bidang Sains Sukan. Menimba ilmu keusahawanan di sini bukan sahaja membantu memulakan perjalanan keusahawanan kami sendiri, tetapi juga memberikan gambaran jelas tentang permintaan di pasaran-pasaran yang berkenaan untuk membuat persiapan lebih baik untuk membina kerjaya selepas menamatkan pengajian.

Program Keusahawanan UiTM Herbalife, menggabungkan kesihatan dan peluang perniagaan, dan sesungguhnya memperlihatkan komitmen kedua-dua institusi untuk membina masa depan yang cerah dan mampan bagi golongan belia Malaysia.







Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum meneroka cabang promosi perniagaan di stesen TV AlHijrah masih berpeluang untuk mengiklankan produk mereka di kaca televisyen stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini.



Ini kerana TV AlHijrah bakal melancarkan satu lagi edisi Bincang Niaga yang dikenali sebagai Bincang Niaga Finale 2020. Sesi Bincang Niaga Finale 2020 ini akan dilaksanakan pada Isnin, 30 November 2020 hadapan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.



Bincang Niaga Finale 2020 adalah peluang keemasan yang harus direbut usahawan PKS yang masih belum beriklan di TV AlHijrah kerana platform pengiklanan ini dilihat mampu membantu kumpulan peniaga tempatan melaksanakan pecutan akhir bagi menggandakan jualan mereka di penghujung tahun 2020 sehingga Februari 2021.



Sesi taklimat dan perkongsian ilmu bersama usahawan yang berminat untuk meneroka cabang promosi perniagaan ini akan diadakan secara atas talian sahaja bagi mengekang penularan Covid-19 gelombang ketiga yang sedang melanda negara.



Menerusi sesi itu nanti, para usahawan berpeluang untuk mempelajari teknik pengiklanan televisyen daripada pasukan pemasaran TV AlHijrah serta berpeluang bertanyakan soalan secara langsung tentang perniagaan. Tambah istimewa, stesen ini juga akan menawarkan pakej Ramadan yang sangat menarik dan berbaloi.  Pakej iklan platform media digital turut diperkenalkan kali ini.



Usahawan PKS yang berminat untuk memasarkan produk mereka di televisyen dengan pakej serendah RM3,500 hanya perlu menonton TV AlHijrah atau lawati facebook TV AlHijrah dan mendaftar menerusi kod imbasan QR yang disediakan. Ayuh daftar segera kerana bilangan pakej yang ditawarkan adalah sangat terhad!






Tambah ilmu keusahawanan.


Pada sesiapa yang free setiap hari Selasa atau Khamis, apa kata korang ke Program Seminar Keusahawan MTKAM bertempat di Seri Kuching Business Park, KL. Masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi nombor-nombor yang tertera di poster.

Hashtag rasmi #mmsos #mtkam #deum #entrepreneur #usahawan #sos