Dunia Penuh Gosip - Wanita Dunia Penuh Gosip: Wanita - All Post
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Semasa remaja, kita boleh menikmati piza, kentang goreng dan makanan segera tanpa perlu berfikir panjang. Tetapi apabila kita masuk institusi pengajian tinggi dan kemudian alam pekerjaan dan selepas itu, soal pemakanan menjadi semakin penting. Baik lelaki mahupun wanita, keperluan pemakanan berubah seiring peningkatan usia. 



Anda mungkin pernah melihat rangkaian produk vitamin dan makanan kesihatan tambahan yang disesuaikan khusus untuk wanita atau untuk peringkat hidup tertentu. Makanan tambahan ini bersama diet yang sewajarnya boleh membantu kita mendapatkan jumlah nutrien yang secukupnya untuk menjaga kesihatan badan dan menjamin kesejahteraan kita. 

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, inilah masa terbaik untuk kaum Hawa mengutamakan kesihatan diri, meningkatkan kesejahteraan dan membekalkan khasiat secukupnya kepada badan mereka. Berikut adalah beberapa langkah dan nutrien penting yang boleh diambil untuk menjamin kesihatan optimum sepanjang usia 20-an, 30-an, 40-an, dan seterusnya.

Memupuk Tabiat Baik Pada Usia 20-an 


Minum Air Secukupnya. 

Apabila anda bergegas untuk berulang alik ke sekolah atau tempat kerja dan juga untuk melakukan aktiviti sosial, memang mudah untuk terlupa minum air. Bawa sebotol air bersama anda untuk memudahkan anda menghilangkan dahaga dan memenuhi keperluan cecair badan. Panduan Pemakanan Malaysia 2020 mengesyorkan agar seorang dewasa sihat minum sekurang-kurangnya lapan gelas (dua liter) air sehari untuk mengekalkan penghidratan. 

Perlu diingat bahawa minuman lain juga boleh dianggap sebagai cecair. Walaupun anda mungkin pernah mendengar pendapat yang bertentangan, kopi dan teh yang mengandungi kafeina juga merupakan sebahagian daripada pengambilan cecair anda. Sebaik-baiknya minum kopi kosong (tanpa susu dan gula) dan teh kosong untuk mengelakkan kalori tambahan yang      atau minuman lain yang disediakan dalam botol. Namun, jangan lupa untuk memantau pengambilan kafein anda juga. Kira-kira 400 mg kafeina sehari ialah jumlah maksimum yang kami syorkan untuk dewasa sihat yang tidak sensitif kepada kafeina, dengan pengambilan tidak lebih daripada 200 mg sekali minum.

Sediakan snek dengan bijak.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dewasa berumur 20 hingga 39 tahun mengambil 15.3 peratus daripada kalori mereka dalam bentuk makanan segera. Daripada menikmati kalori kosong seperti ini, pilih alternatif snek lebih sihat     untuk mengawal pengambilan gula terproses anda. Sertakan      protein dalam snek anda       untuk mengekalkan tenaga lebih lama. Anda boleh mencuba yogurt atau keju kotej dengan buah, atau cecah sayur dengan humus, namun      jika anda sibuk, simpan bekalan bar protein di dalam beg anda. 

Nutrien penting: kalsium dan kalium 

Kebanyakan wanita tidak mengambil kalsium yang secukupnya – pada semua peringkat      usia. Tetapi anda masih      membina jisim tulang sehingga       pertengahan usia 20-an dan kepadatan tulang maksimum dicapai kira-kira pada umur 30 tahun. Maka inilah masa yang terbaik untuk memberi tumpuan mendapatkan nutrien penting ini. 



Pastikan tulang anda kuat dengan mengambil sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium setiap hari.  Susu adalah salah satu daripada sumber yang paling kaya dengan kalsium, tetapi lebih daripada tiga gelas 8 auns diperlukan untuk memenuhi keperluan kalsium seseorang. Maka, keperluan kalsium boleh dipenuhi dengan makanan lain yang turut membekalkan kalsium.
 
Sumber kalsium yang lain termasuk: 
Yogurt
Susu bukan tenusu diperkuat
Tauhu keras
Sardin
Sayur daun hijau 
Bijan dan badam

Sementara itu kalium pula diperlukan untuk fungsi jantung dan otot tulang yang betul, di samping membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat. Kalium banyak didapati dalam buah, sayur dan produk tenusu, tetapi ramai wanita tidak mengambil makanan ini dengan secukupnya 
    
Cuba ambil lebih banyak makanan dengan kandungan kalium tinggi berikut dalam sajian atau snek anda:
Tembikai
Tomato
Avokado
Pisang
Kekacang
Sayur daun hijau

Nasihat Untuk Wanita Hamil, Ibu Baru Bersalin dan Ibu Sedang Menyusukan Bayi 

Wanita hamil mempunyai keperluan pemakanan khusus dalam peringkat hidup ini. Apabila anda hamil, keperluan harian anda meningkat sebanyak kira-kira 300 kalori, tetapi anda perlu mengambil makanan secukupnya untuk mendapatkan 300 kalori tersebut. Wanita sering menggunakan alasan “makan untuk dua orang” apabila menikmati makanan berkalori tinggi, tetapi 300 kalori tambahan hendaklah diambil dalam bentuk protein kurang lemak, satu hidangan produk tenusu tambahan dan lebih banyak buah dan sayur. 

Jika anda sedang menyusukan bayi, anda memerlukan 200 lagi kalori (selain daripada tambahan 300 yang diperlukan semasa hamil) untuk memenuhi keperluan pemakanan si manja anda yang sedang membesar. 

Kebanyakan wanita dinasihatkan untuk mengambil vitamin tambahan yang dirumuskan secara khusus untuk memenuhi keperluan nutrien unik ibu mengandung. Asid folik ialah sejenis vitamin B yang penting untuk tempoh sebelum melahirkan anak kerana peranannya dalam pembangunan sistem saraf bayi, dan merupakan ramuan penting dalam pemakanan tambahan untuk peringkat ini. 

Asid folik juga boleh didapati dalam jumlah yang besar dalam sayur hijau berdaun, asparagus, kubis Brussels dan kekacang. 

Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan mengambil asid folik secukupnya sebelum mengandung untuk menjamin kesihatan bayi.  Kini semakin ramai wanita menunggu sehingga usia 30-an untuk mengandungkan anak pertama, menurut satu laporan CDC. Jika anda salah seorang daripada mereka, kekalkan pengambilan asid folik anda. 

Ibu baru bersalin sering kali akan meneruskan pengambilan vitamin pranatal untuk membantu badan mereka pulih, dan khasiat tambahan ini akan membekalkan satu lagi nutrien penting: vitamin B6. Kehamilan boleh menyebabkan badan kekurangan vitamin B6, dan pengambilan yang disyorkan adalah lebih tinggi bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi. Sumber vitamin B6 yang baik termasuk daging ayam/itik, kekacang, oat, pisang dan bijian penuh. 

Makan Secara Sihat Pada Usia 30-an


Kawal kalori.

Pada usia 30-an, metabolisme anda mula menurun sambil badan mula kehilangan jisim otot. Justeru anda mungkin mendapati lebih sukar untuk mengekalkan berat badan anda. Amalan pemakanan yang kurang baik, termasuk pengambilan karbohidrat terproses dan minuman bergula berlebihan, menimbulkan risiko kepada kesihatan. Untuk menyokong tahap kesihatan dan pengurusan badan yang lebih baik, tukarkan karbohidrat terproses (roti putih, pastri) kepada     bijirin penuh, buah dan sayur segar, dan gantikan minuman bergula dengan air atau teh kosong. 

Nutrien penting: protein dan besi

Jisim otot menyusut kira-kira 5 peratus setiap dekad bermula pada usia 30-an. Latihan berbeban penting pada setiap peringkat umur. Jika senaman berintangan bukan sebahagian daripada rutin anda, inilah masa terbaik untuk memulakan rutin senaman tersebut. 



Jisim otot yang secukupnya diperlukan untuk mengekalkan kekuatan dan daya pergerakan apabila usia kita semakin meningkat. Untuk mengekalkan jisim tulang, tambah sesi latihan rintangan dalam program senaman anda beberapa kali seminggu dan dapatkan jumlah protein yang secukupnya untuk membantu menangani kehilangan otot. 

Zat besi ialah satu lagi nutrien yang tidak diambil dengan secukupnya oleh ramai wanita. Zat besi merupakan sebahagian daripada molekul hemoglobin, sejenis protein yang beredar di dalam darah dan bertugas mengangkut oksigen ke dalam sel. Wanita pramenapaus (sebelum putus haid) kehilangan zat besi setiap bulan menerusi kitaran haid, dan ramai yang tidak mendapat zat besi yang secukupnya untuk memenuhi keperluan harian. 

Sumber zat besi yang baik termasuk: 
Daging pejal (kurang lemak)
Kekacang dan kacang lentil
Bijirin diperkuat

Menjaga Kesihatan Pada Usia 40-an


Lindungi jantung anda. 

Kolesterol dan tekanan darah lazimnya meningkat apabila anda sudah hampir mengalami menopaus. Lindungi jantung anda dengan senaman berkala dan makanan mesra jantung seperti sayur hijau gelap, tomato dan buah dan sayur lain. 



Kurangkan lemak tepu, yang didapati dalam daging merah, produk tenusu lemak penuh dan pelbagai makanan terproses dan goreng. 

Nutrien penting: vitamin D dan antioksidan. 

Pantau pengambilan Vitamin D, yang membantu badan anda menyerap kalsium. Vitamin Di juga memastikan sistem imun anda kekal kuat dan melindungi anda daripada kanser payu dara dan kolon. Simpanan vitamin D biasanya merosot apabila wanita mencapai umur 40 tahun. Vitamin D boleh didapati dalam produk tenusu diperkuat, ikan berlemak, kuning telur dan beberapa makanan lain yang diperkuat. 

Antioksidan seperti vitamin A, C, dan E mencegah atau melengahkan kerosakan sel yang menyebabkan penuaan. Vitamin C boleh ditemui dalam lada benggala merah, buah sitrus dan beri: sumber vitamin A yang baik termasuk lobak merah, pic dan ubi keledek; manakala kekacang adalah sumber vitamin E yang baik. 

Nutrien Yang Anda Perlukan Pada Usia 50-an 


Makan lebih banyak serat.

Bagi wanita, risiko sakit jantung meningkat selepas umur 55 tahun, menurut Institut Jantung, Paru-Paru dan Darah Kebangsaan. Penyakit kardiovaskular (CVD), sakit jantung dan strok ialah punca kematian utama dalam kalangan wanita di Malaysia.   Serat larut – yang ditemui dalam kekacang, oat, epal dan barli – membantu menurunkan paras kolesterol, lantas membawa manfaat untuk kesihatan jantung, Serat juga menyebabkan anda rasa kenyang lebih lama, membolehkan anda mengawal berat badan anda. 

Kepentingan nutrien: Omega 3s dan B12. 

Vitamin B12 boleh didapati hanya dalam makanan yang berasal daripada haiwan dan menyokong pembentukan sel darah dan kesihatan sistem saraf. Di dalam perut, asid, enzim dan protein khusus menggalakkan penyerapan. Salah satu kesan penuaan ialah penghasilan asid perut lebih rendah, yang boleh menjejaskan penyerapan vitamin B12 anda.



Menurut Institut Kesihatan Negara, orang dewasa yang lebih berusia menghadapi risiko kekurangan vitamin B12, dan sehingga 9 peratus dewasa mempunyai keupayaan lebih rendah menyerap vitamin B12 daripada makanan. Pengambilan makanan tambahan digalakkan, kerana vitamin B12 yang diperolehi daripada makanan tambahan diserap dengan lebih baik daripada yang diperolehi daripada makanan. 

Dalam pada itu, tingkatkan pengambilan asid lemak omega-3 daripada ikan berlemak seperti salmon, yang kaya dengan EPA dan DHA untuk menyokong kesihatan jantung. 

Kekalkan Kekuatan Pada Usia 60-an dan Selanjutnya 


Terus bergerak cergas. 

Pada usia ini, anak-anak sudah berdikari dan mempunyai rumah masing-masing, dan dengan tuntutan kerja dan hidup mula berkurangan, anda mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan. Pelajari bahasa baharu, ikuti kelas menari dan pergi keluar berjalan dengan pasangan anda. Tidak kira apa yang anda lakukan, kekalkan rutin senaman secara tetap dan berunding dengan doktor anda sebelum melakukan senaman kardio dan latihan membina kekuatan. 

Adakah anda makan dengan secukupnya? 

Pengambilan ubat, metabolisme lebih perlahan, perubahan dalam deria rasa dan faktor lain boleh menyebabkan kehilangan selera apabila mencapai umur 60 tahun dan ke atas. Dalam usaha mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, cuba pelbagai jenis makanan. Berkongsi makanan dengan rakan-rakan boleh menjadikan setiap sajian lebih menyelerakan. Anda juga oleh mengambil minuman pengganti makanan untuk menambah bekalan khasiat pemakanan.

Nutrien penting: semua di atas, ditambah probiotik. 

Apabila usia semakin meningkat, kesihatan perut kita juga berubah. Jumlah bakteria baik dalam perut mungkin berkurangan, dan usus kecil mungkin tidak dapat menyerap nutrien dengan baik. Tambah pengambilan serat dan probiotik dalam makanan untuk merangsang tumbesaran bakteria baik. Sumber semula jadi probiotik daripada makanan termasuk yogurt dan makanan tertapai seperti jeruk, sauerkraut dan kimchi. Anda juga boleh mempertimbangkan pengambilan suplemen probiotik. 

*Sesiapa yang mengalami masalah kesihatan atau mengambil ubat seharusnya berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan mereka tentang sebarang keperluan dan pantang-larang pemakanan.










Cosmopolitan Fun Fearless Life 2016 bakal berlangsung tidak lama lagi! Rebut peluang untuk bertemu selebriti-selebriti dan barisan panel terkenal yang akan memberi inspirasi dan berkongsi pengalaman, nasihat dan idea untuk mendapatkan kerjaya yang kamu impikan, hubungan yang bahagia serta tip untuk menyerlahkan dirimu!


Menampilkan wajah-wajah ikon wanita masa kini untuk berkongsi dan memberi panduan dalam setiap aspek kehidupan terutama sekali di dalam zaman yang serba mencabar ini, apa lagi jangan lupa temujanji kita 8 Oktober 2016 ini ya! Apa tunggu lagi dapatkan tiket di sini http://bluinc.com.my/estore/event/fun-fearless-life/#tribe-events-tickets!


Tiket tiada pembayaran secara online tetapi perlu mengisi form tadi dan print bawa bersama kad pengenalan untuk menebus tiket anda, wakil juga adalah dibenarkan untuk mengambil tiket di alamat ini:-

Blu Inc Media Lot 7 , Jalan Bersatu 13/4 , Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya Selangor
Tel: 03-7952 7000 
(Tiket boleh dituntut pada 17 September – 7 Oktober 2016
 antara jam 10 pagi – 1 pm/2pm – 5 petang, Isnin – Jumaat sahaja)






Kesan daripada kehilangan MH370 bukan sahaja di rasai oleh seluruh rakyat Malaysia di Malaysia sendiri malah seluruh dunia meratapi pemergian semua penumpang dalam penerbangan tersebut. Juga turut terasa kesan kepada isu ini adalah rakyat Malaysia yg berada di luar negara. Seluruh negara memerhatikan negara kita yg kerdil ini dan sentiasa mencari salah kepada kita walaupun kita tahu itu semua pernah berlaku di negara lain.

Itu lah yg juga turut di hadapi oleh penyanyi Malaysia yg telah membina nama di negara China sapa lagi kalau bukan Shila Amzah. Gara-gara isu MH370 Shila mendapat kecaman hebat daripada peminat beliau di negara tembok besar itu. Kalau ikuti twitter Shila dapat di lihat comment dan juga kritikan kebanyakan rakyat China terhadap Shila atas isu MH370. Walaupun Shila tidak ada apa2 kaitan dengan penerbangan itu tetapi kerana membawa nama Malaysia Shila di kecam hebat.


Sehinggakan ada comment peminat yg menghalau beliau kuar daripada negara tersebut. Tapi itu semua dugaan buat Shila kerana setiap kejayaan pasti ada hadapi dugaan dan kritikan. Shila kena terus tabah dan kuat semangat di sana. Sebelum ini nama Shila Amzah di sanjung dan di puja2 oleh peminat China kerana selepas kejayaan besar beliau dalam program realiti Asian Wave. Sehinggakan Shila di berikan hak bermastautin di sana untuk mengembangkan karea beliau di sana. 

Tapi kini semua berubah, walaubagaimana pun masih ada peminat yg terus menyokong beliau dari belakang. Masih ada peminat Shila Amzah di negara China masih menyayangi beliau dan mahukan bakat anak muda ini terus di gilap di negara China. Dalam reaksi peminat ada ramai juga terus memberi sokongan seperti mana comment yg di terima ini. 

"Shira is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you.”

Shila kena terima segala kritikan dan juga pujian dalam usaha mematangkan beliau di sana. Terus tabah dan cekal hadapi walau di kritik bukan kerana kesilapan beliau. Shila anda adalah terbaik dan anda adalah wajah Malaysia di negara tembok besar itu. Terus usaha dan jgn peduli apa mereka kata kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya belaku.




Debaran penyanyi negara, Shila Amzah pastinya kian terasa pada saat ini kerana dia bakal bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam ini.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah akan bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Setakat ini peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000.

Manakala Shila Amzah di tangga kedua dengan undian melebihi 69,000. Nyata, Shila Amzah yang bakal membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin pada malam ini nanti memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk terus mengundinya pasti memastikan dia layak bergelar juara di dalam pertandingan ini, seterusnya mengharumkan nama negara.

Jadi, tunggu apa lagi. Lakukan tugas anda sekarang dengan mengundinya menerusi laman web di SINI. Sama-sama membantu rakyat Malaysia untuk terus cemerlang si persada dunia.


 *Sumber daripada Murai.com.my



Tak habis2 dengan isu menghina Islam sebelum ni gempar tentang gambar seorang penyanyi antarabangsa yang membuat tatoo yg menghina Islam di badannya. Kini muncul pulak dengan seorang lagi artis antarabangsa juga perempuan yg jelas menghina Islam dalam rangkap lagunya. Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila sebuah lagu nyanyian Nicki Minaj berjudul 'Beam Me Up Scotty' mempunyai unsur-unsur menghina Islam. 

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Super Bass' secara terang-terangan menghina Islam menerusi bait lirik lagunya 'Beam Me Up Scotty'. Jika diamati lirik lagu tersebut, terdapat satu rangkap lirik yang menyelit perkataan 'Assalamualaikum' dan 'Akbar'. Maksud sebenar 'Assalamualaikum' di dalam Islam adalah ' Selamat sejahtera ke atas kamu'. "Please stop callin me, im such a rock star assalamu alaikum where the fuck is akbar give'em my keys tell'em valet my car".

Tindakkan penyanyi kulit hitam itu telah dikecam oleh penonton-penonton di laman Youtube dengan menyifatkan Nicki tidak menghormati agama Islam dan bersikap perkauman. Nicki bukanlah penyanyi pertama yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Islam menerusi lagu kerana sebelum ini, kumpulan Black Eyed Peas turut dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW menerusi lagu 'Someday'. Mungkin kerajaan kita kena peka perkara ini agar lagu2 penghinaan ini tidak sampai ker negara kita biar boikot sahaja mereka jng bagi masuk daripada potong lirik yg menghina tu baik kita haramkan jer dia. Tak layak jejak negara Islam.


*Dipetik daripada yahoo Malaysia...


Makin bergoncang dunia hiburan apabila makin byk tersebar gambar liar anak kepada rockers no 1 Malaysia Amy Search. Anak perempuan rockers ini makin liar dan menjadi2 sejak bergelar janda anak satu. Mungkin baginya status bukan penghalang untuk berhibur selagi masih bernyawa perlu kepada kebebasan mungkin itulah pemikliran perempuan ini.

Sebelum ini kecoh kisah gambar2 cium Nabila Huda bersama org yg di dakwa sebagai teman lelaki dia iaitu seorang juruselam di Pulau Tioman. Namun masih samar2 isu itu sehinggalah Amy Search sendiri membuat dakwaan tidak tahu menahu tentang perangi anaknya itu diluar dari kawalan beliau. Namun Amy sendiri telah meminta anaknya agak mengaku kesalahan dan menjaga tingkat laku demi untuk menjaga maruah keluarga beliau sendiri.

 

Betulah bait2 lagu nasyid ini 'Iman tidak dapt diwarisi dari seorang ayah yg bertaqwa' kalau diri sendiri tidak mencarinya dan tidak mengamalkannya. Namun makin byk gambar peribadi milik artis ini menjadi siaran kepada meraka yg mahu mencari populariti. Mana tak nya gambar artis ini berbikini pun di siarkan padahal itu lumrah kalau org pergi bercuti di pusat peranginan. Tapi mungkin sebab dia ini adalah anak artis dan seorang artis maka perhatian itu lebih dari kamera2 wartawan tak bertauliah ini.

Harap Amy lebih tabah sebagai otai dalam dunia hiburan ini dan lebih menjaga anak nya ini daripada terus menjadi duri dalam daging. Kepada penonton diluar sana jng ambil kesempatan kepada org lain untuk menaikkan diri sendiri. Kadang kita suka sebar keburukan org tapi tak sedar keburukan kita sendiri kerana menyebarkan gambar itu adalah sama jer dosa dengan org yg mengambil gambar itu. ok.....


Pasti raimai org suka bila tgk gambar org cium tambahan lagi kalau gambar itu datg daripada golongan artis lagi bertambah bergoncanglah berita tersebut. Itu lah yg terjadi baru2 ini apabila TV9 melalui sebuah rancangan hiburannya telah memaparkan gambar cium seorang artis wanita bersama dengan seorang juruselam. Katanya gambar itu diambil pada sambutan hari Hollowen yg dihadiri artis tersebut termasuk org yg ambil gambr itu.

Makin jadi panas apabila artis wanita ini dalam proses penceraian bersama suaminya yg telah di bina 3 tahun lalu. Meraka yg di katakan bercerai kerana tidak sefaham atau mungkin kerana org ketiga ini. Tapi pasti artis ini sudah cari pengganti dan adakah hubungan itu akan seperti hubungan yg sebelum ini atau ini hanya untuk suka-suka. Melihat status lelaki juruselam ini masih terlalu muda dalam lingkungan 20an dan mungkin hanya untuk mencari hiburan bersama artis tersebut.


Tapi mungkin bukan niat artis ini untuk menayang gambar cium mereka kerana yg menunjukkan gambar cium ini adalah org yg mengambil gambar tersebut. Tapi artis kerana dia artis maka gambar ini di sebarkan tak tahu apa niat adakah untuk memburukkan artis ini atau saja nak melariskan diri beliau sendiri. Hany pengambil gambar dan penayang gambar ini sahaj yg tahu.

Tapi apa pun kat situ byk sngt perkara yg salah dari baik. Pertama kenapa artis ini ada di majlis sambutan yang sah-sah haram di sisi agama. Kedua kenapa dia nak cium ngan lelaki itu di khalayak ramai di majlis tersebut adakah kerana sudah mabuk atau di pengaruhi oleh sesuatu. Ketiga Knp lah org yg ambil gambar ni nk siarkan gambar cium dia, siar lah gambar yg senonoh sikit lagi faedah, ni lain tak bukan nak cari publisiti murahlah dengan menjual gambar artis untuk menaikkan nama sendiri.

Namun yg pasti identiti artis wanita ini masih tidak di ketahui dan dirahsiakan. Namun siapa yg ada pada majlis tersebut yg tahu apa sebenar terjadi. Semua pihak yg terlibat dalam gosip ini bersalah dan saja cari dosa kering termasuk lah penulis gosip mcm aku heheheheh.. Ok lah chow bye...