Penyanyi popular dengan lagu Menahan Rindu dan Canggung, Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, di sini, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Wany, 30, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu dalam kenyataannya memberitahu, dia rasa bersyukur kerana majlis pernikahan yang dianjurkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
Berkongsi mengenai Adib, 30, yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
Semoga terus bahagia sehingga ke anak cucu dan mendapat zuriat yang sihat comel dan juga cantik seperti pasangan pengantin ini juga.
Follow Us