Sekali lafaz pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selamat diijabkabul dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, di sini hari ini.
Tepat pukul 8.48 malam, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 38, itu sah bergelar suami kepada Watie, sekali gus menamatkan zaman dudanya selepas hampir dua tahun solo.
Pengantin dinikahkan sendiri abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.
Air mata Watie menitis sebaik lafaz sah disebut. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,2,88 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Usai diijabkabul, Shuib terlebih dulu menunaikan solat sunat sebelum menyempurnakan acara batal air sembahyang. Majlis pernikahan itu mendapat tajaan hampir RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.
Perkenalan Shuib dan Watie yang berputik melalui media sosial, Instagram (IG), akhirnya membawa ke jenjang pelamin. Semoga terus kekal hingga akhir hayat dan juga bakal ada anak yang makin ramai dan comel-comel.
Follow Us