Dunia Penuh Gosip - pemenang Dunia Penuh Gosip: pemenang - All Post
Memaparkan catatan dengan label pemenang. Papar semua catatan
Setelah berbulan-bulan penantian dan penuh debaran Majlis Anugerah Juara Lagu 38 telah berlangsung dengan gahnya di Axiata Arena dan juga secara live di TV3 dan strim online diaplikasi Tonton. Malam tadi segalanya telah jelas menobatkan lagu Hasrat ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari sebagai penerima Anugerah Juara Lagu 2023.



Menurut Amir lagu ini dicipta dalam keadaan beliau yang mempinyai masalah dan hampir putus asa. Lagu daripada OST file Imaginur dibawa dengan bersahaja seorang diri di atas pentas AJL. Dengan kemenangan itu Amir membawa pulang hadiah trofi dan juga wang tunai RM100,000.

Manakala tempat kedua pula lagu nyanyi Aishah Retno iaitu Sutera Ciptaan bersama MFMF dan lirik dari Aishah sendiri juga dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada malam itu. Aishah membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM30,000 untuk tempat kedua dan RM12,000 untuk kategori persembahan terbaik.



Manakala Aina Abdul dengan lagunya Jangan Mati Rasa Ini telah membawa kepada kemenagan di tempat ketiga serta juga Vokal Terbaik. Selain itu juga Aina memenangi hadiah Artis Pilihan Alha Alpa dari undian penonton. 



Malam akhir Anugerah Juara Lagi ke 38 telah diacarakan oleh Sherry Alhadad dan juga Alif Sata. Juga membuat persembahan di akhir acara adalah 3 legend negara iaitu Dayang Nurfaizah, Ella dan Dato Zinal Abidin. Tahniah kepada semua pemenang AJL38 kita nantikan di anugerah akan datang tahun depan pula.






Nama Nadeera Zaini tidak asing lagi dalam dunia pertandingan nyanyian. Namun dari satu pertandingan ke satu pertandingan nama Nadeera tidak mampu bersaing untuk terus berada sebaris dengan penyanyi sewaktu dengannya. Adakah dengan gelaran juaran Big Stage 2023 ini mampu menaikkan semula nama Nadeera.



Nadeera telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023 pada hari Ahad lepas. Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Waode, Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza untuk bergelar juara.

Nadeera berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, sebuah single baharu beserta trofi sumbangan Astro. Hampir setiap minggu Nadeera mendapat markah yang tertinggi terutama daripada Komposer Ajai.



Tempat keempat menjadi milik peserta, Hoondoo manakala Aufahanie dan Puteri Khareeza menduduki tempat kelima dan keenam. Aufahanie juga membawa pulang Anugerah Persembahan Dominasi Terbaik pada minggu akhir tersebut.

Konsert akhir Big Stage 2023 yang dihoskan Elly Mazlien dan Rina Nose turut menampilkan Ajai dan Aina Abdul sebagai juri tetap untuk musim kali ini.

Ajai dan Aina Abdul turut ditemani Maestro terkenal, Datuk Ramli MS selaku juri jemputan dan Jihan Muse selaku Presiden Netizen.








Kalau tengok peda persembahan setiap minggu Srivijanda selalu menjadi juara minggu hanya satu minggu sahaja ditewaskan oleh Majakelat. Namun itu bukanlah penentu kepada kemengan pada malam akhir. Segalanya bergantung kepada undian pada malam itu. 



Rezeki tidak penah salah alamat dan tahniah kepada kumpulan Majakelat dinobatkan sebagai juara program Mega Spontan 2023 akhir yang ditayangkan pada malam tadi secara langsung di Astro Warna. 

Kumpulan ini terdiri daripada Joey Daud, Adlin Aman Ramli, Mamat Sepah, Sanjna Suri dan Oky Danial berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan kalungan emas.

Manakala naib juara bagi kumpulan Srivijanda mereka adalah terdiri daripada ahli kumpulan Mamak Puteh, Ropie, Fadli Masoot, Aya Amiruddin dan Apit Wan Lebo.



Pada malam akhit itu juga Joey Daud telah dipilih sebagai Man Of The Match sekali gus membawa pulang RM10,000. 

Berbeza daripada musim-musim sebelumnya, Mega Spontan 2023 kali ini mempertaruhkan kumpulan yang bersaing di atas pentas spontan dan dimana pada awal minggu terdiri dari empat kumpulan dua yang telah tersingkir iaitu Langkataksuka dan juga Campaktakjauh.








TV AlHijrah telah diiktiraf sebagai penerima anugerah khas bagi kategori Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik oleh Media Home pada majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA2023). Hadir menerima penganugerahan itu, Suffian Yahya, selaku Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.



Majlis anugerah MBBA2023 yang diadakan pada 24 Jun 2023 yang lalu menyaksikan pengiktirafan itu dianugerahkan kepada stesen TV AlHijrah di atas bantuan kemanusiaan dan program kemasyarakatan yang disumbangkan oleh stesen penyiar Islam itu kepada masyarakat di negara ini, menerusi jenama Hijrah Prihatin.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menyifatkan kemenangan itu sebagai penghargaan kepada TV AlHijrah di atas sekelumit usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di negara ini menerusi siri bantuan yang dirancang sepanjang tahun.

Hijrah Prihatin beriltizam untuk menjadi tulang belakang masyarakat yang memerlukan bantuan. Kami bukan sahaja memberikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan seharian, malahan sokongan emosi turut diberikan menerusi barisan asatizah yang kami bawa setiap kali turun membuat CSR.

“Semenjak tahun 2020 lagi, kami berusaha memperkasakan jenama Hijrah Prihatin sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kami kepada masyarakat Malaysia. Jiwa kami besar untuk tahun-tahun mendatang, bagi menyemarakkan lagi budaya tanggungjawab sosial korporat di kalangan masyarakat Malaysia MADANI.



Namanzee Harris berkata penganugerahan itu juga adalah buah tangan buat rakan sinergi korporat stesen itu yang sentiasa tampil menghulurkan jalinan kerjasama terutamanya yang membabitkan kumpulan B40, asnaf, muallaf dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu, Namanzee turut berkata tahun 2023 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan dihasilkan TV AlHijrah bagi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, perkembangan zaman, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami akan menyiarkan dua rancangan realiti TV pada suku ketiga dan suku keempat 2023 iaitu Rancangan Realiti Akademi Muda YADIM (Musim 4) dan program realiti baru Marhaban. Denyut nadi kedua-dua rancangan realiti ini sangat istimewa dengan suntikan keseimbangan duniawi dan ukhrawi. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk melahirkan masyarakat penonton yang berilmu pengetahuan dan agama tinggi untuk membangunkan masyarakat MADANI,” katanya.



Beliau turut berharap agar TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media-media baru. Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA2023) diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan individu dan syarikat korporat daripada pelbagai sektor seperti makanan, penyiaran, hotel dan pelancongan, kecantikan & kosmetik, sukan, kesihatan, fesyen, kewangan Islam, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan konsultan yang menyokong dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.

Untuk rekod, pada April yang lalu, TV AlHijrah turut menerima anugerah Corporate Media Company of The Year- Malaysia di Majlis Anugerah The Middle East Prestige Awards 2022/23 anjuran The Corporate LiveWire, sebuah syarikat penerbitan yang bernaung di bawah Fenicemedia, Bermingham, UK. Anugerah ini diberikan atas peranan dan tanggungjawab TV AlHijrah sebagai penyiar kandungan Islam di peringkat global.








Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.








Tiada siapa menyangka malah menduga bahawa lagu ‘Pelukan Angkasa’ dendangan gabungan SOG X Shila Amzah diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.



Kemenangan lagu ciptaan Fazleena Hishamuddin dan Komposer, Raja Nazrin Shah melayakkan mereka membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000.

Manakala Naib Juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta yang dinyanyikan oleh Marsha Milan yang pertama kali menyertai AJL. Kemenangan ini sekali gus melayakkan beliau dan pencipta lagu Hang Nadim dan penulis lirik Bunga Cantik membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga ialah Haqiem Rosli dengan lagu Mimpi ciptaan beliau bersama Datuk A. Aida. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi bersalut emas dan wang tunai RM30,000.



Seperti diramal selepas Erni Zakri tidak dapat menyertai AJL kali ini yang digantikan oleh suaminya membuka peluang kepada pemilik suara yang penuh emosi Aina Abdul mendendangkan lagu Sepi membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai RM12,000.

Sementara itu bagi kategori Persembahan Terbaik pula yang membawa pulang wang tunai RM18,000 serta trofi menjadi milik Marsha Milan melalui lagi Cinta.

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular yang diundi melalui laman web oleh penonton pula dimenangi, pasangan duet Ainal Abdul dan Khai Bhar. Mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5000 dan trofi. 








Program realiti Lagu Cinta Kita yang telah masuk musim ketiga telah melabuhkan tirai akhirnya dengan kejuaraan milik gandingan hebat Syafeek & Zazo. Mereka membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM 50,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea.  



Manakala naib juara pula milik pasangan Hariz & Wanie yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan juga barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan Pasya & Puteri yang membawa pulang hadiah wang tunai  RM 20,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea.  

Sementara itu, Achik & Maria pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutri Skincare & Nivea. Tahniah kepada semua peserta yang juga telah dijurikan oleh Ajai dan Mas Idayu selaku juri tetap. 



Pada konsert akhir tersebut, kesemua peserta mempersembahkan dua buah lagu, 'cover' dan baharu yang bertemakan "Lagu Cinta Kita".  Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio HotFM pada minggu ini. Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official mulai hari ini.







Gabungan tiga orang dalam kumpulan Tiro Syarif, Syaiful dan Daniel menjadikan kumpulan ini berjaya bergelar juara MLM 2021 yang telah berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Ini sekali gus mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000.00 dan juga trofi kemenangan pada malam akhir tersebut. Kumpulan ini juga berjaya menewaskan empat lagi kumpulan lain iaitu Puteh yang berjaya ditempat kedua, Boro di tempat ketiga dan juga Bahye dan Tobat berada di tempat keempat dan kelima.



Malah, MLM 2021 musim ini menampilkan sedikit kelainan dengan mewujudkan ‘Sang Bara’ iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang menjurikan peserta secara misteri sebelum didedahkan identitinya malam akhir tersebut. Juga turut dijurikan oleh juri tetap iaitu Dato Rosyam Noor, Dania Daniel, Noh Hujan dan Uqasha Senrose. 

Kumpulan Tiro berjaya mendapat lima HA untuk persembahan pertama yang bertemakan bebas dan juga lima HA lagi untuk persembahan kedua untuk tema Muzikal. Maharaja Lawak Mega 2021 telah berlangsung selama 10 minggu dengan disertai oleh 11 barisan peserta yang terdiri daripada gabungan pelawak terkenal tanah air.



Setiap minggu peserta ditugaskan untuk menyampaikan sebuah sketsa lawak dan mereka akan diadili oleh orang ramai iaitu melalui undian online sebanyak 30%, manakala 70% lagi adalah daripada markah juri tetap. Tahniah kepada semua pelawak tanahair dan diharap akan ada pelapis pelawak seperti ini selepas ini kerana sekarang tengan berlangsung di Astro program Mencari Sepahtu Yang Hilang iaitu program realiti mencari pelawak pelapis. Boleh ditonton setiap minggu pada hari Khamis di Astro Warna jam 9.00 malam. 









Tahniah jejaka berusia 23 tahun itu dinobatkan sebagai juara program realiti Hero Remaja yang berlangsung dalam norma baharu di waktu negara dilanda pandemik. Mierul Aiman menewaskan tiga lagi pencabar terdekat beliau pada malam akhir program tersebut yang disiarkan di Astro Ria hari sabtu lepas.



Selaku juara beliau membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Kini hasrat beliau untuk mengembangkan bakat dalam dunia lakonan semakin hampir setelah menggalas gelaran tersebut. Pada malam akhir program Hero Remaja semua peserta akhir di adili oleh juri tetap Datuk Rosyam Noor dan Scha Al Yahya



Naib juara pula dimiliki oleh Aqil 22 tahun manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fazziq 21 tahun dan manakala Syazani 19 tahun dipilih sebagai Hero Favorite. Gelaran Hero Inspirasi diberikan juga kepada Aqil. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga ini menjadi batu loncatan untuk anda maju dan berjaya dalam dunia seni seperti mana bekas peserta Hero Remaja terdahulu.






Siapa sangka lagu yang asyik sebut perkataan Gila berulang kali mampu dinobatkan lagu terbaik di Malaysia. Mungkin lepas ni akan ada pula lagu nyanyuk, bongok, bahalul dan macam-macam lagi lah bahasa yang kasar. Kalau aku cakap macam ni memang cepatlah netizen akan kecam aku hehehe. Tapi hakikatnya macam tu kalau tengok trend 2 ke 3 tahun kebelakangan ni lagu dengan tajuk Jampi, Haram, Sumpah dan kini Gila di nobatkan sebagai juara.



Tapi apa pun tahniah diucapkan kepada kompose muda dan juga yang berani membawa lagu dengan tatabahasa dan juga muzik seperti ini sehingga berjaya dinobatkan juara. Itu dinamakan revolusi dalam industri muzik kita makin terbuka dan di terima yang penting karya seni meluas. Malam tadi lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Naib juara pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.



Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Manakala akhirnya Erni Zakri berjaya juga membawa pulang Juara Vokal Terbaik sekali lagi tahun ini melalui lontaran mantap dan hebat melalui Gundah. Serta persembahan putri Jawa daripada Zizi Kirana menobatkan beliau untuk menerima Juara Persembahan Terbaik pilihan penonton. 



Apa pun pada yang layak ker AJL guna peluang yang ada sebaiknya dan jangan disia-siakan kerana peluang kedua tak akan datang selalu. Jangan cari alasan nerves dan pertama kali beraksi untuk anda terus bukan sahaja gugup malah hancur lagu tu dibuatnya. Apa pun sekali lagi AJL 35 dengan norma baharu terbaik dan menjadi lipatan sejarah industri muzik tanah air.









Selepas tujuh minggu bersiaran, program The Masked Singer Malaysia musim pertama akhirnya menemui kemuncaknya malam tadi. Pada malam akhir menyaksikan lima peserta yang berjaya menyampaikan dua buah lagu pilihan masing-masing.



Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya. Bagi empat peserta daripada tempat kelima hingga kedua semua juri mampu meneka dengan tepat setelah mengetahui klu yang diberikan. Namun juara tiada seorang pun juri mampu meneka siapa di sebalik topeng tersebut.

Senarai artis di sebalik topeng akhir:

Tempat kelima Enggang adalah Vince AF
Tempat keempat Wau adalah Datin Alyah
Tempat ketiga Orang Utan adalah Tuju K-Clique
Tempat kedua Rajah Brooke adalah Venissa (peserta Ceria Megastar)
Juara Bunga Raya adalah Aina Abdul

Kesemua persembahan para peserta malam akhir diadili sembilan orang juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR. Istimewa malam akhor ada seorang juri jemputan, penyanyi dan pelawak, Mark Adam bagi menggantikan kerusi Zizan Razak.

Tahniah kepada Aina Abdul bukan sahaja bergelar juara malah berjaya menipu juri dengan membawa watak yang sangat berbeza dari diri beliau iaitu seorang yang pemalu orangnya. Tapi bila di atas pentas The Masked Singer Malaysia sangat ceria dan juga aktif beraksi membuat persembahan. Selain daripada suara yang mantap dan nyanyian yang memukau. 








Wartawan penyiaran berasal dari Kuala Lumpur, Shaza Bae dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019. Shaza, 24, berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar, 21, Nynaa Harizal, 23, Shatirah Amanda, 19 dan Syamira Izzati, 22. Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.


Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Ghafar, manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000. Kedudukan keempat dan kelima pula memenangi wang tunai RM1,000 yang dimenangi oleh Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.

Biarpun tidak berada di kedudukan lima finalis, Sharlina Gilbert memenangi kategori Dewi Kegemaran, manakala Nina Amin pula dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi. Pada malam kemuncak yang berlangsung secara langsung pukul 9 malam tadi, finalis diuji menerusi cabaran video kempen kesedaran dan sesi soal jawab bersama panel juri.


Juri pula terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Scha Al-Yahya selaku juri tetap dan disertai Datuk Aznil Nawawi serta Dr. Soo Wincci sebagai juri undangan. Rancangan Dewi Remaja akhir dihoskan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli.

Program Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru bermula pada 26 Oktober lalu, membabitkan 12 peserta. Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).







Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019). Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).


Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman). Masih mengekalkan kelainan seperti tahun lepas dengan tidak menggunakan pengacara seperti program lain.


12 penyampai anugerah tersebut adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
3. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)
4. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)
5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussein (Samad Tedung)
6. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)
9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd.)
10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Production Sdn. Bhd.)
11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)
13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn.Bhd.)
14. Videografi Drama Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
15. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers
16. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power
17. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)
18. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
19. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid
20. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
21. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
22. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd.  Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
23. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
24. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
25. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
26. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
28. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)
30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)







Sempena ulang tahun EH! yang ke-20, sidang editorial EH! Malaysia membariskan 20 kategori secara keseluruhan pada tahun ini yang melibatkan selebriti lama dan baharu, pereka fesyen, influencer, model, jurusolek serta pendandan rambut yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri hiburan tanah air.


Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang hebat daripada penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.

Penganjuran kali ke-7 yang mengetengahkan Alter Ego sebagai tema bagi edisi tahun ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Majlis yang turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! dan Gempak TV itu juga bertujuan mengangkat selebriti tempatan serta individu-individu yang bergiat aktif dalam bidang seni yang sering menjadi perhatian pelbagai cabang media massa terutamanya media sosial.

Lebih menarik, jumlah undian yang mencecah 45,290 undian itu difahamkan dua kali ganda berbanding edisi sebelum ini. Malah, di atas sokongan yang tidak putus daripada pembaca setia EH! Malaysia, beberapa nama selebriti popular mendominasi carta Anugerah Stail EH! bagi edisi kali ini.

Di sini, senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama iaitu “Anugerah Stail EH! 2019”.

Anugerah Style EH! 2019 - Scha Alyahya 
Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Syafiq Kyle
Selebriti Wanita Paling Bergaya - Scha Alyahya 
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Neelofa
Jurusolek Selebriti Pilihan - Khir Khalid
Model Pilihan - Malek Mccrone
Video Muzik Paling Stylish - Temberang (Ayda Jebat)
Influencer Kecantikan Pilihan - Aisha Liyana
Penata Gaya Selebriti Pilihan - Tym Fatimah
Pereka Fesyen Baru Pilihan - Ridzuan Alias
Selebriti 'True Colour' - Sherry Alhadad
Influencer Fesyen Pilihan - Yaya Zahir
Selebriti Kulit Cantik - Zahirah Macwilson
Selebriti Harapan Pilihan - Khai Bahar
Pereka Fesyen Selebriti - Dato' Rizalman Ibrahim 
Pasangan Selebriti Pilihan - Fattah Amin & Nur Fazura
Selebriti Lelaki Seksi - Remy Ishak 
Selebriti Wanita Seksi - Zizi Kirana
Selebriti Pencapaian Terbaik - Hael Husaini
Pendandan Rambut Selebriti Pilihan - Ckay Liow









Siapa sangka siapa menduga rezeki telah tertulis bukan milik kita terima dengan redha dan pasrah. Itu yang mampu diumpamakan pada pemenang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2019. Majlis anugerah itu telah berlangsung dengan meriah malam tadi di Arena Axiata Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. 


Semua orang tahu bahawa Syafiq Kyle paling banyak menang anugerah pada malam itu namun itu bukan jaminan untuk beliau memenangi anugerah utama Top Top MeleTOP Lelaki. Kyle berjaya memenangi 3 anugerah utama iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan juga Bintang Filem MeleTOP. 


Namun kemenangan untuk kategori utama itu masih diungguli oleh juara tahun lepas iaitu Khai Bahar. Beliau berjaya memenangi satu ketegori sahaja iaitu Penyanyi MeleTOP tapi cukup kuat untuk menobatkan beliau sebagai juara utama Top Top MeleTOP pada malam tersebut.


Begitu juga dengan Siti Nurdiana yang berjaya memenangi kategori Hos MeleTOP sahaja tapi juga berjaya membawa pulang anugerah utama untuk Top Top MeleTOP Wanita. Bagi kategori lain kita dapat teka siapa bakal menang kerana masih banyak pemenang adalah daripada pemenang tahun-tahun lepas. 


Host pada malam tersebut adalah Nabil Ahmad, Neelofa dan juga Jihan Muse. 

Senarai pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2019:-

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Filem MeleTOP: Munafik 2
Drama MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Pelakon MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu
Hos MeleTOP: Siti Nordiana
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2018
Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi
Couple MeleTOP: Nur Fazura & Fattah Amin
Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali
Fesyen MeleTOP : Syafiq Kyle
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk M. Daud Kilau









TV AlHijrah terus maju mengorak langkah menjadi stesen televisyen Islam yang menggerak potensi dan memperkasakan ekonomi ummah apabila menerima anugerah The BrandLaureate SMEs Best Brand Awards 2018-2019 dalam kategori Anugerah Rakan Perniagaan Strategik buat tahun kedua malam tadi.


Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Dr. A. Bakar Sarpon menerima anugerah tersebut dalam majlis berprestij yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara. 

Dr. A. Bakar Sarpon sewaktu ditemui berkata, “anugerah ini cukup bermakna buat seluruh warga kerja TV AlHijrah yang bekerja keras secara kolektif dalam membantu menaiktaraf masa depan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menguasai pasaran ekonomi domestik dan bersaing di peringkat antarabangsa. Ini dilaksanakan menerusi platform promosi iklan televisyen dengan kos yang berpatutan dan berbaloi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


“Reputasi kami sebagai satu jenama dinamik dan prihatin dalam memacu kebangkitan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak dapat dinafikan lagi apabila sedari tahun 2016 lagi hingga kini kami secara berterusan menawarkan ruang promosi di televisyen dengan kos yang jauh lebih jimat berbanding harga pasaran semasa.” katanya.

“Terbaru, kami menawarkan pakej palaburan istimewa bermula RM30,000 sempena Ramadan yang bakal tiba. Apa sahaja produk dan perkhidmatan milik peniaga kecil dan sederhana boleh diiklankan di TV AlHijrah dengan kekerapan yang tinggi setiap hari selama lebih kurang sebulan. Belian pakej ini boleh digandakan tanpa had.” jelas beliau.


“Ini memberi gambaran bahawa TV AlHijrah turut menyahut seruan kerajaan yang mahukan transformasi positif industri ini sehingga ke peringkat antarabangsa.” tambahnya. Selain itu, Dr. A. Bakar Sarpon turut optimis stesen televisyen berkonsepkan Islam ini akan menerbit dan menyiarkan lebih banyak  rancangan-rancangan berimpak tinggi yang menepati selera rakyat Malaysia terutamanya bagi penonton yang berusia 24 hingga 39 tahun.

Beliau turut berharap agar TV AlHijrah terus bersaing dan kekal relevan mendepani arus permodenan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa walaupun mendapat persaingan daripada media-media baru.


The BrandLaureate SMEs Best Brand Awards 2018-2019 yang berlangsung malam tadi memberi pengiktirafan kepada jenama terbaik Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasaran tempatan dan global merangkumi sektor-sektor seperti Makanan, Hotel dan Pelancongan, Kecantikan & Kosmetik, Sukan, Kesihatan, Fesyen, Perbankan dan Kewangan dan banyak lagi.







Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 33 milik lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah. Hael mengulangai kejayaan yang beliau kecapi pada AJL32 tahun lepas. Acara ini telah berlangsung secara gemilang dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Tempat kedua pula adalah milik lagu Bunga nyanyian Ara Johari manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga. Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik. Dengan itu Misha membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.  

Namun persembahan yang menusuk kalbu ramai penonton pada malam AJL33 itu adalah milik Sufian Suhaimi. Persembahan dengan vokal yang hebat tiada lagi rasa gentar atau takut di atas pentas seperti mana persembahan pada kemunculan pertama di AJL31. Paling berkesan adalah penggunaan prop dengan membawa konsep 'Pelamin angan ku musnah' berjaya menambat hati penonton dan sekaligus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik. Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi serta sebuah telefon pintar Samsung A9. 


Siap Dato Sri Siti Nurhaliza puji persembahan Sufian Suhaimi kat laman twitter rasmi beliau.


AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff. Tahniah kepada semua pememang korang memang hebat. Jumpa lagi tahun depan.







Setalah bertahun menyertai program realiti ini akhirnya kumpulan Shiro semalam berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi. Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.


Duo gandingan Ajak dan Sharol ini mempamerkan persembahan mencuit hati dengan diselitkan pengajaran. Pada malam akhir semua lima peserta MLM membuatkan dua persembahan iaitu bertema bebas dan muzikal.

Shiro menumpaskan juara dua kali berturut-turut Bocey yang akur ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakala di tempat ketiga milik Zero yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.


Dua lagi finalis Puteh dan Taman di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. MLM 2018 berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara. Juga empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan juga Scha Alyahya. 





Tahniah kepada juara Dewi Remaja 2018/2019 yang telah dinobatkan malam tadi dalam acara secara langsung di Astro Ria yang diacarakan oleh Scha AlYahya.  Program ini telah berlangsung selama 8 minggu dan menilai daripada 12 orang peserta dan hanya lima sahaja yang layak ke peringkat akhir ini. 


Warna kulit bukan jadi penghalang kepada Haneesya untuk tampil berkeyakinan ini terbukti apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja terbaru ini. Haneesya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi Dewi Remaja. Manakala tempat kedua pula milik gadis comel molek iaitu Tia Sarah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan juga trofi. Di tempat ketiga pula milik Sherin yang menerima wang tunai RM5,000 dan trofi. 


Manakala tempat keempat milik Anna Jobling dan juga tempat kelima pula disandang oleh Rania. Pada malam akhir semua 5 finalist diadili oleh juri tetap iaitu Dato Hans Isaac juga dua juri jemputan iaitu Neelofa dan Dato Aznil Haji Nawawi. Pada malam akhir tersebut juga menobatkan beberapa anugerah khas kepada dewi yang terpilih mengikut kreteria yang ditetapkan.  Tahniah kepada semua pemenang Dewi Remaja 2018/2019.






Drama Festival Kuala Lumpur 2018 kembali untuk edisi kelima dengan menampilkan tema #MasaUntukDrama. Selain menjadi platform untuk anak-anak muda mengasah bakat mereka melalui bengkel dan juga ujibakat yang diadakan. DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabatkan industri lakonan tanahair pada malam Anugerah DFKL 2018
.

Malam tersebut telah berlangsung malam tadi secara langsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang mempertandingkan 11 kategori yang dipilih oleh penonton dan peminat. Malam tersebut telah diacarakan oleh Ajak Shiro dan juga Nabila Huda serta penampilan Mark Adam dan Khir Rahman melalui selingan lakonan bersama barisan penyampai dan juga artis jemputan.

Tahniah kepada drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Picture apabila dinobatkan sebagai Drama Pilihan pada malam tersebut. Juga kepada pelakon Zul Arifin dan Janna Nick apabila dipilih sebagai Aktor Pilihan dan Aktress Pilihan pada malam tersebut. Senarai penuh pemenang seperti di bawah.

Senarai pemenang DFKL 2018:-

Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)
Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)
Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
Antagonis Pilihan: Syukri Yahya (Andainya Takdir)
Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)
Lagu Tema Pilihan: Sumpah Cintaku (Titian Cinta-Asfan)
Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan
Drama Radio Pilihan : Bukan Cinta Biasa (Kool FM)
Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Selfie Paling Drama: Ain Edruce